Luah Perasaan & Masalah, Bolehkan AI Mengganti Ahli Terapi?
Dalam era teknologi yang semakin canggih, kecerdasan buatan (AI) kini digunakan dalam pelbagai bidang, termasuk dalam penjagaan kesihatan mental dan sebagai terapi. Aplikasi berbentuk chatbot seperti ChatGPT misalnya, boleh memberi sokongan emosi, mendengar keluhan pengguna, dan menawarkan strategi mengurus tekanan.