Use your ← → (arrow) keys to browse
Setiap golongan terkesan dengan impak pandemik Covid-19, termasuk juga selebriti. Seperti yang didedahkan LeAnn Rimes, dia menghidapi kemurungan yang agak teruk ketika sekatan pergerakan dikuatkuasakan.
LeAnn berkata, dia berasa tidak betah kerana menghabiskan terlalu banyak masa di rumah sejak awal tahun lalu dan bergelut kerana tidak mempunyai tempat untuk menyalurkan tenaganya.
“Sepanjang hidup, saya sering menjelajah untuk mencari rezeki. Saya tidak pernah duduk lama di rumah. Sistem saraf saya seperti tertanya-tanya, ‘Apa yang sedang kita lakukan?’” kata pelantun lagu Can’t Fight the Moonlight itu dalam satu wawancara.