Kehidupan Serba Mewah Ronaldo & Georgina Rodriguez Di Riyadh - Page 4 of 5 - Glam Malaysia
Kehidupan Serba Mewah Ronaldo & Georgina Rodriguez Di Riyadh

Kehidupan Serba Mewah Ronaldo & Georgina Rodriguez Di Riyadh

Tahun 2022 memahat detik hitam buat pemain bola sepak tersohor Ronaldo, teman wanitanya Georgina Rodriguez dan anak-anak mereka.

Pada bulan April Georgina melahirkan sepasang anak kembarnya bersama Ronaldo, bagaimanapun hanya seorang sahaja yang hidup dan diberi nama Bella Esmerelda. Pempengaruh media sosial itu meluahkan keperitan yang dialaminya dalam I Am Georgina musim kedua yang disiarkan baru-baru ini.

Memasuki tahun 2023, Ronaldo membawa Georgina dan lima anaknya iaitu Cristiano Jr, pasangan kembar Eva dan Mateo, Alana serta Bella berpindah ke negara Timur Tengah, Arab Saudi. Perpindahan itu adalah sebahagian daripada perjanjian penting yang ditandatangani Ronaldo bersama kelab bola sepak Al-Nassr. Menurut Sporting News, dia menjana pendapatan melebihi RM938 juta setahun dengan kontrak selama dua tahun enam bulan.

Jadi bagaimana kehidupan Ronaldo & Georgina selepas beberapa bulan menetap di Arab Saudi?

4 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Cuba Menyesuaikan Diri Dengan Budaya Tempatan

Ronaldo dilihat berusaha keras untuk menyesuaikan diri dengan budaya dan cara hidup negara Timur Tengah. Dia menjadi tajuk utama global selepas menyarung pakaian tradisional bersama rakan sepasukan Al-Nassr ketika meraikan Hari Penubuhan negara itu. Ronaldo dirakam menikmati kopi sambil menyarung jubah lengan panjang rona putih, pakaian kebangsaan lelaki Arab Saudi. Dia kemudiannya menggayakan sejenis lagi pakaian tradisional iaitu daglah dalam rona biru dan emas.

Foto: Arabian Business

Georgina juga mencuri tumpuan media setelah dilihat menggayakan abaya hitam jenama Dollab Line dari Qatar pada majlis rasmi Al-Nassr pada bulan Januari. Fotonya serta-merta menjadi tular di negara itu, menurut Vogue Arabia.

ronaldo

Foto: Getty Images