Kediaman Shawn Mendes & Camila Cabello Dipecah Masuk, SUV Dicuri - Page 2 of 2 - Glam Malaysia
Kediaman Shawn Mendes & Camila Cabello Dipecah Masuk, SUV Dicuri

Kediaman Shawn Mendes & Camila Cabello Dipecah Masuk, SUV Dicuri

2 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Malah Shawn pernah berkongsi sebelum ini bahawa hidupnya menjadi lebih tenang sejak menghabiskan masa kuarantin bersama teman wanitanya. Katanya, ia turut merapatkan perhubungan mereka.

“Ini merupakan kali pertama saya berpeluang memikirkan tentang orang lain lebih daripada diri sendiri,” katanya merujuk kepada Camila.

Pasangan ini mencetuskan kontroversi Februari lalu apabila Shawn memuat naik satu foto yang menunjukkan dia sedang mencium kaki Camila, atau lebih spesifik ibu jari kaki sempena Hari Kekasih.

Foto: Instagram

Dia menulis kapsyen, “Saya mencium kaki kamu kerana saya cintakan kamu @camila_cabello.” Penyanyi Havana itu kemudian menberi respon romantis, “Saya cintakan kamu papo.”

Hantaran tersebut menerima respon yang pelbagai daripada rakan selebriti dan peminat. Penyanyi dan penulis lagu, Ryan Tedder sempat berjenaka dengan meninggalkan komen, “Saya ingatkan kamu vegan???”

Seorang peminat pula menulis, “Jika dia tidak mencium kaki kamu, thank u next,” manakala seorang lagi berkongsi bahawa inilah yang dikatakan cinta sejati.

Foto: Itsblossom

Baca: Shawn Mendes Menafikan Hubungan Romantik Bersama Hailey Baldwin

See also
Oscar 2022: Dendam Jada Pinkett Smith Akhirnya Terbalas?