Betty Catroux – Muse Sebenar Yves Saint Laurent - Glam Malaysia

Betty Catroux – Muse Sebenar Yves Saint Laurent

Pertama kali dilancarkan di Paris pada 2020, pameran Feminine Singular yang didedikasikan buat muse juga ‘female double’ Yves Saint Laurent, Betty Catroux terbang ke kota Shanghai, China tahun ini.

Dengan rambut perang platinum nan ikonik, Betty Catroux adalah muse sebenar buat pereka fesyen, Yves Saint Laurent. Sebuah pameran Betty Catroux – Yves Saint Laurent berjudul Feminine Singular yang pertama kali dilancarkan di Paris pada 2020, terbang ke Shanghai tahun ini. Pameran yang didedikasikan buat ‘female double’ Yves Saint Laurent ini diadakan bermula 18 Jun 2021 sehingga 15 Ogos 2021 di Museum of Contemporary Art, MoCA Shanghai, China.

Yves Saint Laurent mula jatuh cinta bersama Betty Catroux sewaktu mereka berjumpa di sebuah kelab malam pada 1967. Sejak itu, mereka seperti tidak boleh dipisahkan dan berkongsi segalanya bersama. Betty menjelmakan fesyen, rebel, misteri dan juga sisi moden buat Yves. Dia juga memberikan definisi baharu pada awal 1960an dengan meminjamkan elemen maskulin dalam revolusi fesyen wanita. Walaupun selepas kematiannya pada 2008, Betty kekal menjadi wajah wakilan buat rumag fesyen ini sehingga hari ini.

Selama 30 tahun, Betty Catroux menciptkan gerobok fesyennya dengan memilih desain kegemaran dalam setiap pementasan fesyen yang dapat merefleksikan personaliti dan semangat wanita moden. Semua desain yang dipamerkan dalam pameran ini dipilih daripada gerobok yang diberikan oleh Betty kepada Foundation Pierre Bergé – Yves Saint Laurent pada 2019.

Istimewa untuk pameran kali ini, Madison Cox yang merupakan presiden yayasan ini mahu memberikan kebebasan buat Pengarah Artisitk Saint Laurent, Anthony Vaccarello. Dia akan menggunakan pandangan peribadinya pada gerobok fesyen milik Betty Catroux dalam menonjolkan personaliti unik dan pengaruhnya pada stail yang membuat rumah fesyen ini kekal sehingga kini.

Pada 1962, Yves Saint Laurent mengasaskan rumah fesyen couture di Paris bersama Pierre Bergé. Bahagian haute couture rumah fesyen ini menutup pintu mereka pada 2002 dan menjadi Foundation Pierre Bergé – Yves Saint Laurent yang diadakan untuk mengabadikan hasil kerja pereka couture dan pengaruhnya. Yayasan ini juga menempatkan Yves Saint Laurent Paris Museum.

See also
The Paiza Collection, Definisi Hospitaliti Ultra-Mewah

Foto: Saint Laurent

Baca lebih lanjut: DOME Memperkenalkan K-POP Crispy Chicken Dalam Dua Citarasa Baharu