Use your ← → (arrow) keys to browse
Amy turut menyatakan sokongannya terhadap penyanyi rap FKA Twigs yang pernah menjadi mangsa penderaan domestik di tangan bekas teman lelaki, pelakon Shia LaBeouf.
“Dia (FKA TWigs) berkata orang sekeliling perlu berhenti bertanya, ‘Mengapa kamu tidak angkat kaki?’. Kerana penderaan tidak semudah itu. Saya begitu sensitif dengan perkara itu sekarang. Saya mengambil masa yang sangat lama untuk mempercayai lelaki dan kadangkala masih bergelut dengan perasaan itu.”
Podcast itu berjaya menarik perhatian ramai netizen. Paris menulis satu ciapan di Twitter, “Selamat Hari Wanita Sedunia! Sangat berbangga kerana dapat berkongsi episod @ThisIsParisPod terbaharu saya bersama @AmySchumer hari ini. Dia sememangnya seorang wanita yang baik hati, kelakar dan menyeronokkan! Saya gembira dapat berbual dengannya hari ini.”
Happy International Womens Day! So proud to share my new @ThisIsParisPod episode with the incredible @AmySchumer on this day. She is so kind, hilarious, fun and real! Had the best time talking with her. ?Click link in bio to listen to the full episode, like & subscribe! ? pic.twitter.com/9Y76dVzJyP
Perbualan mendalam antara dua bintang hebat ini mendapat pujian ramai pengguna Twitter. Seorang peminat menulis, “Saya mendengarnya pagi tadi dan menyukainya. Saya sayangkan kamu Amy!”