Ini 5 Aktiviti Healing Hujung Minggu Untuk Anda - Page 5 of 5 - Glam Malaysia

Ini 5 Aktiviti Healing Hujung Minggu Untuk Anda

Kadang-kala diri jadi buntu setiap kali tibanya hujung minggu. Membosankan! Apa kata anda cuba 5 aktiviti healing hujung minggu pilihan GLAM ini. Mana tahu mampu menceriakan hati anda!

Benar atau tidak, kadang-kala diri ini terasa malas sekali hendak keluar rumah. Lagi-lagi jikalau di ajak bersosial. Jika terjadinya hal sebegini, mulalah diri menyalahkan faktor usia. Hmm, jangan risau, ramai teman-teman di GLAM juga berperangai sebegini. 

Namun, hujung minggu tidak semestinya anda habiskan masa bersama kawan-kawan. Jikalau tanya pada saya, hujung minggu adalah masa untuk memanjakan diri sendiri. Tidak salah jika anda keluar membeli-belah seorang diri, menikmati kopi tanpa teman atau juga melawat galeri seni sendirian, bukan?

“Alah, lebih baik duduk di rumah, tonton Netflix sepanjang hari.” Ada hari-hari pasti diri akan rasa sebegini. Apa kata, minggu ini anda pilih untuk bangkit dari katil awal pagi dan mulakan hujung minggu dengan aktiviti yang menguji diri! Seorang diri! 

5 Aktiviti Healing Hujung Minggu

5 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

#5 Staycation di Hotel Butik

Ini adalah antara aktiviti yang menarik dan sering menjadi pilihan anak muda hari ini. Saya juga pernah membuat aktiviti sebegini dan ternyata hujung minggu saya lebih menyeronokkan selain dapat menikmati makan malam hebat di hotel, akan tetapi sekali-sekala menghirup udara baru di bilik baru adalah sesuatu yang saya perlukan. Hotel butik pilihan saya adalah, Else Hotel. Mereka menyajikan makan malam terbaik di restoran hotel ini. Selain itu, setiap bilik dan ruangnya direka cukup estetik. Mungkin anda juga boleh mencubanya!

healing

Gambar: Instagram @elseretreats

 

Gambar muka depan: @elseretreats

Pautan Berkaitan: Siap Diri Untuk Tahun 2023, Ini Checklist Untuk Anda