Ini 5 Aktiviti Healing Hujung Minggu Untuk Anda - Page 4 of 5 - Glam Malaysia

Ini 5 Aktiviti Healing Hujung Minggu Untuk Anda

Kadang-kala diri jadi buntu setiap kali tibanya hujung minggu. Membosankan! Apa kata anda cuba 5 aktiviti healing hujung minggu pilihan GLAM ini. Mana tahu mampu menceriakan hati anda!

Benar atau tidak, kadang-kala diri ini terasa malas sekali hendak keluar rumah. Lagi-lagi jikalau di ajak bersosial. Jika terjadinya hal sebegini, mulalah diri menyalahkan faktor usia. Hmm, jangan risau, ramai teman-teman di GLAM juga berperangai sebegini. 

Namun, hujung minggu tidak semestinya anda habiskan masa bersama kawan-kawan. Jikalau tanya pada saya, hujung minggu adalah masa untuk memanjakan diri sendiri. Tidak salah jika anda keluar membeli-belah seorang diri, menikmati kopi tanpa teman atau juga melawat galeri seni sendirian, bukan?

“Alah, lebih baik duduk di rumah, tonton Netflix sepanjang hari.” Ada hari-hari pasti diri akan rasa sebegini. Apa kata, minggu ini anda pilih untuk bangkit dari katil awal pagi dan mulakan hujung minggu dengan aktiviti yang menguji diri! Seorang diri! 

5 Aktiviti Healing Hujung Minggu

4 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

#4 Sertai Kelas Pottery Making

Baru-baru ini saya berpeluang menyertai sesi pottery making, ternyata Ianya amat menyeronokkan. Tidak dinafikan, aktiviti ini amat memberi ketenangan. Buat yang belum pernah mencuba, apa kata anda sertai kelas ‘healing’ ini. Mana tahu, aktiviti hujung minggu ini bakal menerbitkan hobi baru anda? 

Tidak tahu untuk sertai kelas ini di mana? Anda boleh berkunjung ke aplikasi klook untuk melihat senarai lokasi yang menyediakan aktiviti ini!

@kimmirasshi

Love this so much 🤍✨ #pottery #fyp #foryoupage

♬ Paris in the Rain – Lauv