Ini 5 Aktiviti Healing Hujung Minggu Untuk Anda
Kadang-kala diri jadi buntu setiap kali tibanya hujung minggu. Membosankan! Apa kata anda cuba 5 aktiviti healing hujung minggu pilihan GLAM ini. Mana tahu mampu menceriakan hati anda!
Benar atau tidak, kadang-kala diri ini terasa malas sekali hendak keluar rumah. Lagi-lagi jikalau di ajak bersosial. Jika terjadinya hal sebegini, mulalah diri menyalahkan faktor usia. Hmm, jangan risau, ramai teman-teman di GLAM juga berperangai sebegini.
Namun, hujung minggu tidak semestinya anda habiskan masa bersama kawan-kawan. Jikalau tanya pada saya, hujung minggu adalah masa untuk memanjakan diri sendiri. Tidak salah jika anda keluar membeli-belah seorang diri, menikmati kopi tanpa teman atau juga melawat galeri seni sendirian, bukan?
“Alah, lebih baik duduk di rumah, tonton Netflix sepanjang hari.” Ada hari-hari pasti diri akan rasa sebegini. Apa kata, minggu ini anda pilih untuk bangkit dari katil awal pagi dan mulakan hujung minggu dengan aktiviti yang menguji diri! Seorang diri!