Ini 5 Aktiviti Healing Hujung Minggu Untuk Anda - Page 2 of 5 - Glam Malaysia

Ini 5 Aktiviti Healing Hujung Minggu Untuk Anda

Kadang-kala diri jadi buntu setiap kali tibanya hujung minggu. Membosankan! Apa kata anda cuba 5 aktiviti healing hujung minggu pilihan GLAM ini. Mana tahu mampu menceriakan hati anda!

Benar atau tidak, kadang-kala diri ini terasa malas sekali hendak keluar rumah. Lagi-lagi jikalau di ajak bersosial. Jika terjadinya hal sebegini, mulalah diri menyalahkan faktor usia. Hmm, jangan risau, ramai teman-teman di GLAM juga berperangai sebegini. 

Namun, hujung minggu tidak semestinya anda habiskan masa bersama kawan-kawan. Jikalau tanya pada saya, hujung minggu adalah masa untuk memanjakan diri sendiri. Tidak salah jika anda keluar membeli-belah seorang diri, menikmati kopi tanpa teman atau juga melawat galeri seni sendirian, bukan?

“Alah, lebih baik duduk di rumah, tonton Netflix sepanjang hari.” Ada hari-hari pasti diri akan rasa sebegini. Apa kata, minggu ini anda pilih untuk bangkit dari katil awal pagi dan mulakan hujung minggu dengan aktiviti yang menguji diri! Seorang diri! 

5 Aktiviti Healing Hujung Minggu

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

#2 Bersiar-siar di Petaling Street

Jika anda peminat bunga, kunjungilah sekitar Petaling Street ini. Banyak kedai bunga yang menjual bunga jambak boleh anda dapati. Jalan ke hadapan sedikit, anda akan ternampak bangunan Pasar Seni. Selalunya hujung minggu akan ada pasar menjual barangan menarik. Di sekitar sini juga terdapat puluhan kafe dengan hidangan makanan terbaik selain daripada mural-mural cantik sesuai untuk anda bergambar. Sangat rustic dan timeless!

healing

Gambar: Instagram @minglecafekl