Use your ← → (arrow) keys to browse
Menanggung bekas keluarga suami
Sosialit yang berkongsi dua orang anak bersama bekas suaminya itu, masih berhubung rapat dan turut dikatakan menanggung keluarga bekas suaminya. Terdapat laporan media yang mendakwa bekas bapa mertuanya tidak berpuas hati dengan cara pengendalian hartanah mewah Abby. Menjadikan punca pertikaian hingga mereka tergamak membunuhnya tanpa perikemanusiaan.
Empat orang termasuk abang ipar, ibu bapa dan bekas suaminya, Alex Kwong, ditahan kerana merancang pembunuhan, membunuh dan memotong bahagian badan Abby Choi dengan kejam. Kwong dilaporkan ditahan di terminal feri di Pantai Lantau, Hong Kong dalam cubaan melarikan diri. Turut membawa wang tunai berjumlah HK$500 ribu (RM282,532) dan beberapa jam tangan mewah bernilai kira-kira HK$4 juta (RM2.3 juta) bersamanya. Berita tergempar ini menjadi bualan hangat terutama di media sosial atas kematian mengejut Abby Choi, sosialit yang dikelar dengan kejam kerana harta oleh bekas keluarga suaminya sendiri.