8 Cara Untuk Seks Tahan Lebih Lama - Glam Malaysia
8 Cara Untuk Seks Tahan Lebih Lama

8 Cara Untuk Seks Tahan Lebih Lama

Walaupun ramai memilih untuk quickie, seks tahan lama sebenarnya lebih menyeronokkan! GLAM menyenaraikan tip untuk membawa sesi asmaramu to a whole new level!

1. Latih teknik pernafasan dalaman

GLAM menyarankan untuk anda melakukan latihan pernafasan kerana nafas membolehkan tenaga mengalir ke seluruh tubuh di mana intensiti sensasi di bahagian bawah tubuh badan dapat disalurkan ke seluruh badan. Jadi, seks tahan lebih lama daripada kebiasaannya!

2. “Seks” bukan sekadar penetrasi

Setiap orang mempunyai definisi yang berbeza tentang apa erti seks bagi mereka. Apatah lagi untuk seks tahan yang lebih lama. Dalam konteks ini secara khusus, penting untuk anda tahu “seks” bukan hanya bermaksud penetrasi. Seks merangkumi banyak rutin yang lain termasuk foreplay, ciuman, urutan dan sebagainya.

3. Praktikkan mindfulness

Latihan dengan penuh perhatian dan pernafasan yang bagus juga dapat membantu melambatkan ejakulasi. Bonus: Berlatih dengan penuh perhatian di luar bilik tidur juga dapat membantu ‘permainan’ di ranjang. Cuba meditasi sekali sehari atau cuba fokus ketika sedang makan di mana anda benar-benar merasai tekstur makanan sambil mengelakkan gangguan, seperti telefon anda.

See also
Checklist Seks 'Before & After'- Bahagian 1

4. Fokus pada keseronokan pasangan

Sekiranya anda sudah mahu mencapai orgasme, ambil langkah untuk fokus dan beri perhatian anda kepada keseronokan pasangan. Tip : berhenti seketika sebaik sahaja anda mahu capai orgasme, kemudian berehat sebentar, dan mulakan kembali. Ini akan melambatkan keghairahan dengan mengalihkan perhatian anda kepada pasangan anda.

5. Practice makes perfect

Paling serius! Sekiranya situasi penamat pramatang ini tidak berpunca daripada masalah perubatan untuk salah seorang daripada anda, luangkan masa lebih banyak bersama. Latih diri dan pasangan jika masalah kesihatan bukan penghalang. Bagi sesetengah pasangan, ini adalah masalah penyediaan ketahanan seksual. Ia sama dengan bila anda ke gim untuk menjadi sihat dan cerdas. Seks tahan lama juga perlukan masa dan banyak latihan bersama.

6. Luang lebih banyak masa untuk sesi foreplay

Menghabiskan lebih banyak masa untuk sesi foreplay adalah taktik genuis. Lebihkan masa di peringkat awal agar anda dan pasangan lebih panas akan ini akan memanjangkan sesi seks secara keseluruhan langsung memastikan anda berdua berpuas hati.

See also
Ini Waktu Paling Subur Kaum Lelaki Perlu Anda Tahu!

7. Cuba sesuatu yang baru

Apabila anda telah bersama pasangan yang sama untuk jangka masa yang lama, rutin seks seakan sudah dapat dijangka. Bukan sahaja akal, malah badan juga sudah menjangka posisi yang akan dilakukan oleh pasangan seterusnya. Posisi dan sensasi baru akan mengalihkan perhatian dan menjadikan seks tahan lama. Lokasi baharu dan tidak biasa, semakin baik untuk sesi asmara anda dan si dia.

8. Galakkan pasangan mengamalkan senaman kegel, yoga, dan pilates

Semua latihan ini dapat menguatkan otot-otot dasar pelvis, yang membantu mengawal kekejangan orgasme.

Artikel berkaitan: Ungu Warna Terbaik Pengaruhi Rutin Seks

Foto: www.freepik.com