7 Fakta Anda Mungkin Tidak Tahu Tentang Putera Mahkota Dubai, Sheikh Hamdan - Page 4 of 7 - Glam Malaysia
7 Fakta Anda Mungkin Tidak Tahu Tentang Putera Mahkota Dubai, Sheikh Hamdan

7 Fakta Anda Mungkin Tidak Tahu Tentang Putera Mahkota Dubai, Sheikh Hamdan

Sheikh Hamdan bin Mohammed Al Maktoum yang dikenali sebagai Fazza mungkin bukan putera terkaya di dunia, tetapi jelas dia menjalani kehidupan serba mewah dan penuh bergaya.

Dengan nilai kekayaan sekitar RM1.9 bilion, Putera Mahkota Dubai berusia 40 tahun itu bukan sekadar dikagumi kerana berwajah tampan. Dia turut mempunyai banyak bakat antaranya sebagai penyair, ahli politik dan penunggang kuda.

Ayuh dalami keperibadian dan gaya hidup Sheikh Hamdan yang juga bapa kepada tiga cahaya mata ini.

4 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

Mendiami Istana Mewah Bernilai RM9.3 Bilion

Dibina pada 1963, Istana Zabeel merupakan kediaman rasmi pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum dan keluarganya. Berkeluasan 14 hektar, reka bentuk dan seni bina mengagumkan istana ini mempamerkan kemewahan yang dimilki kerabat itu. Sheikh Hamdan terkenal sebagai seorang pencinta haiwan, dan ini menjelaskan mengapa kediamannya mempunyai zoo persendirian yang dipenuhi haiwan eksotik termasuk harimau, singa, gorila serta monyet. Istana Zabeel juga menempatkan koleksi kereta mewah milik putera itu antaranya Ferrari 458, Lamborghini Aventador, Rolls-Royce Dawn dan Rolls-Royce Cullinan.

PUTERA MAHKOTA DUBAI SHEIKH HAMDAN

Foto: Instagram