Penyakit Mental Bukan Isu Enteng, Ini 7 Selebriti Yang Hadapinya
7 Artis Kelihatan Normal Namun Bergelut Dengan Gangguan Mental

7 Artis Tampak Normal Namun Sebenarnya Berdepan Gangguan Mental

Penyakit mental bukanlah isu enteng. Pemergian Angus Cloud beberapa hari lalu turut dikaitkan dengan masalah ini.

Menurut keluarganya, aktor Euphoria itu menghidap gangguan mental yang menjadi teruk selepas kematian bapanya seminggu lalu. Perkara itu juga diketahui beberapa rakan selebriti serta pencipta dan pengarah bersama Euphoria, Sam Levinson.

“Tiada siapa dapat menandingi Angus. Dia terlalu istimewa, terlalu berbakat dan terlalu muda untuk meninggalkan kita seawal ini. Dia juga bergelut dengan ketagihan dan kemurungan, sama seperti sebahagian besar daripada kita. Berehatlah dengan tenang dan semoga Tuhan memberkati keluarganya,” katanya menerusi satu kenyataan.

Sinead O’Connor atau Shuhada’ Sadaqat yang meninggal dunia pada 26 Julai lalu juga mengalami masalah kesihatan penyakit mental. Dia disahkan menghidap gangguan bipolar kesan menjadi mangsa dera ibunya sejak kecil.

Malah dia sering berkongsi pegelutannya di media sosial termasuk dalam memoirnya, Rememberings yang diterbitkan pada 2021. Kesihatan mentalnya menjadi lebih teruk selepas anak remajanya, Shane Lunny meragut nyawa sendiri pada Januari 2022.

See also
Blackpink Buat Kemunculan Istimewa Di Istana Buckingham

Selain Angus Cloud dan Sinead O’Connor, Glam kongsikan lima lagi selebriti yang bergelut dengan masalah penyakit mental

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Katy Perry

Pada 2020, penyanyi ini berkongsi tentang masalah kemurungan dan keraguan diri yang dialaminya pada masa lalu. Selepas melalui perceraian perit pada 2017 dan mengeluarkan album Witness, Katy Perry didiagnos mengalami tekanan dan perlu mengambil ubat buat kali pertama dalam hidup – sesuatu yang dianggapnya memalukan.

“Saya Katy Perry. Saya hasilkan lagu Firework. Dan saya terpaksa mengambil ubat. Saya amat malu.” Dia mengawal masalah yang dihadapi dengan menjalani terapi melibatkan psikologi, rohani dan emosi selama beberapa tahun.

Kesihatan mental

Foto: Getty Images