Makanan Tingkatkan Nafsu Supaya Hubungan Intim Lebih Mesra

6 Makanan Ini Bantu Tingkatkan Nafsu Seks!

Mahu tambah “spice” dalam hubungan kelamin anda bersama pasangan? Amalkan makanan tingkatkan nafsu ini untuk meningkatkan selera dan nafsu seks anda. Baru bertambah sayang!

Kita selalu dengar tentang ungkapan kehidupan bagaikan roller coaster. Namun, kita tidak sedar keghairahan nafsu seks wanita juga seperti roller coaster, ada turun dan naiknya. Ada waktu cukup membara, tapi ada ketika, ‘selera’ pun tiada.

Kebiasaannya, faktor hormon menjadi salah satu penyebab kepada perubahan yang berlaku. Jika seseorang wanita itu stress, hormon akan berkurangan dan membuatkan nafsu seks menurun.

Selain itu, kurang rangsangan, gangguan kepuasan, faktor cemas, trauma, letih serta penggunaan ubat-ubatan juga menjadi faktor yang mempengaruhi keghairahan nafsu seks seseorang wanita.

6 Makanan Tingkatkan Nafsu Anda Perlu Cuba

Apa yang anda perlu ingat adalah tidak semua makanan tingkatkan nafsu. Namun begitu, ini antara 6 jenis makanan terkenal yang mampu bantu tingkatkan nafsu seks anda dan pasangan.

1) Tiram

makanan tingkatkan nafsu

Foto: Freepik

Makanan laut ini cukup terkenal sejak dahulu lagi sebagai makanan pembangkit ghairah seks. Bagi lelaki, kandungan zink tiram yang sangat tinggi mampu meningkatkan produksi testosteron serta jumlah sperma.

See also
Cathay Pacific Memperkenalkan Airbus A350-1000 Pertama Mereka Di Hong Kong

2) Avokado

Avokado kaya dengan asid folik yang membantu metabolisme protein sehingga memberikan anda banyak energi untuk ‘beraksi’.

Vitamin E yang terkandung di dalam avokado turut membantu tubuh dalam menyatukan hormon-hormon seperti testosteron, estrogen, dan progesteron yang mampu mengalir dalam darah serta merangsang respon seksual seperti klitoris yang mengembang dan mengeluarkan cecair di vagina.

3) Madu

Kandungan karbohidrat yang ada pada madu mampu menghasilkan tenaga serta bahan bakar untuk otot-otot yang akan bekerja keras. Madu juga kaya dengan vitamin B yang mampu membantu metabolisme tubuh sekaligus membolehkan anda ‘beraksi’ lebih hebat tanpa rasa penat.

4) Strawberi

makanan tingkatkan nafsu

Foto: Freepik

Warna merah strawberi mampu membangkitkan rasa ghairah dan meningkatkan nafsu wanita. Strawberi juga merupakan sumber asid folik, di mana salah satunya jenis vitamin B yang membantu mengurangkan risiko ketika melahirkan anak.

5) Pisang

Antara makanan tingkatkan nafsu adalah pisang kerana pisang mengandungi alkaloid yang bekerja di otak untuk meningkatkan keyakinan diri dan rasa ghairah seksual. Pisang juga merupakan sumber potasium dan vitamin B seperti ‘riboflavin’ yang meningkatkan energi tubuh.

See also
‘The Crown’, ‘The Mandalorian’ Mendahului Emmy 2021 Dengan 24 Nominasi

Selain itu, ia juga memberikan nutrisi penting untuk kekuatan otot dan sebab itulah jika anda rajin menikmati pisang, tahap ransangan anda akan menjadi sungguh luar biasa!

6) Coklat

Coklat mampu menaikkan nafsu wanita kerana coklat mengandungi agen yang dihasilkan otak ketika ‘jatuh cinta’. Kandungan ‘anandamide’ dalam coklat juga mampu membuat anda berasa ketagih.

Cara Lain Untuk Tingkatkan Libido

Foto: Freepik

Selain makanan tingkatkan nafsu, anda juga boleh melakukan senaman untuk menaikkan nafsu seks anda. Bersenam juga mampu mengusir depresi dan stress serta menyegarkan tubuh. Secara automatik dengan fikiran segar, keghairahan nafsu seks pun turut meningkat.

Anda perlu mencari cara alternatif untuk mengurangkan tekanan kerana kerja, bebanan kewangan mahupun tekanan akibat hidup. Cuba hobi terbaru bersama pasangan, ataupun anda boleh selalu pergi bercuti bersama.

Malah, komunikasi juga memainkan peranan penting sekiranya keinginan seksual anda semakin berkurang. Pasangan yang berkomunikasi dengan jujur dan terbuka biasanya mempunyai hubungan emosi yang kuat. Lantas ini akan menambah kehangatan seksual dan membuatkan anda dan dia rasa lebih selesa bersama.

See also
Krim Wajah La Mer Rahsia Kulit Kembali Muda!

Ada sesetengah pasangan juga sangat sibuk dengan kerja menyebabkan mereka seringkali lupa untuk “membahagiakan” pasangan mereka. Jika ini berlaku pada anda dan pasangan, penyelesaiannya mudah sahaja! Anda perlu tetapkan masa dan hari tertentu untuk lakukan hubungan intim. Dengan ini, anda tidak akan mudah lupa si dia.

Kami juga cadangkan anda mencuba posisi berbeza apabila melakukan hubungan seksual bersama. Ajar pasangan untuk foreplay dan sekiranya anda berani bereksperimen, anda juga boleh menggunakan alat seks bersama-sama. Apa-apa pun pastikan anda berdua sama-sama bersetuju untuk mencuba sesuatu yang baru ya!

Sekiranya anda telah mencuba makanan tingkatkan nafsu yang kami cadangkan, serta lakukan langkah-langkah tingkatkan libido di atas, hubungan intim anda mungkin akan lebih mesra.

Teks Arif Aziz

Artikel berkaitan: Tip Tidak Menaruh Harapan Cinta Si Dia