5 Aplikasi Meditasi Untuk Ketenangan Diri Sepanjang PKP - Glam Malaysia

5 Aplikasi Meditasi Untuk Ketenangan Diri Sepanjang PKP

Jika anda mahu mengurangkan tekanan, cuba pilihan aplikasi meditasi maya untuk diri yang tenang dan tidur berkualiti sepanjang PKP ini.  

Penularan pandemik Covid-19 telah memberikan tamparan kepada kita semua. Pelbagai impak dirasai, ada yang kehilangan pekerjaan dan terputus sumber rezeki. Ada yang turut mengalami tekanan yang memberi efek negatif kepada kesihatan mental. Tahun 2021 juga tidak bermula seindah seperti ramai yang harapkan. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan kerajaan buat kali kedua selepas peningkatan kes yang mendadak sejak akhir tahun lalu. Ramai yang terpaksa kembali bekerja di rumah, dan buat sesetengah orang ia menambahkan lagi tekanan pada segi mental. Aplikasi sosial media seperti Instagram, Twitter dan TikTok juga memberikan tekanan tambahan hari ini. Ramai menjadikan ia sebagai platfom ilusi dan fantasi, jauh sekali dari realiti sebenar. Lantas mewujudkan perbandingan gaya hidup yang tidak sihat dalam mengejar populariti atas talian.

Ada pelbagai cara untuk menangani masalah tekanan moden seperti bersenam, menonton rancangan kegemaran, mendengar muzik, membeli belah ataupun meditasi. Walaupun lima minit sahaja, meditasi sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk berasa tenang buat seketika. Jika anda mahu mendapatkan tidur yang berkualiti, diri yang lebih tenang dan gembira, cuba lima aplikasi meditasi yang boleh dimuat turun terus ke telefon pintar dan komputer riba anda:

1. Headspace

Jika anda seorang yang banyak berfikir sebelum tidur, aplikasi ini sangat sesuai untuk anda. Ia dapat membantu anda berasa lebih tenang dengan pelbagai senaman pernafasan, meditasi tidur dan juga senaman asas. Sesuai untuk yang baharu sahaja mahu mencuba meditasi.

See also
Galaxy S21+ Beri Kelangsungan Sosial Lebih Mantap

2. Calm

Buka sahaja aplikasi ini, anda akan ditemani bunyi alam semula jadi yang menenangkan. Aplikasi Calm dapat membantu pengguna untuk membina keyakinan diri, berasa bersyukur dan juga tidur yang lebih tenang dalam menyuntik keseronokan melalui seleksi muzik tenang. Terdapat meditasi baharu setiap hari, sesuai buat yang mahu mengamalkan meditasi dengan konsisten.

3. Ten Percent Happier Meditation

Slogan ‘Meditation for Fidgety Skeptics’ memberikan gambaran sebenar mengenai aplikasi ini. Dihasilkan oleh penulis psikologi terkenal, Dan Harris, aplikasi ini menggunakan teknik yang lebih mudah, menyeronokan dan ‘real’. Menawarkan kelas yang lengkap, jika anda lebih selesa untuk mengikuti seorang pengajar tertentu sahaja.

4. Zen: Meditation & Sleep

Jika anda mahu hari yang gembira dan sihat,  aplikasi ini menawarkan keseimbangan emosi melalui meditasi untuk membantu anda berasa lebih tenang dan mendapatkan tidur yang berkualiti. Selain membuat anda fokus ketika bekerja, ia dapat membantu meningkatkan seks dengan bunyi latarnya.

5. Insight Timer

Bukan sahaka percuma, ia juga merupakan antara aplikasi berasaskan meditasi terbaik menurut pakar. Ianya mesra pengguna dengan membenarkan anda untuk mencari rakaman berdasarkan topik dan durasi yang anda mahu. Turut mempunyai kelas meditasi yang dihasilkan sendiri oleh ahli komuniti mereka.

See also
Galeri Seni Terpanjang di Dunia : Stesen Metro Stockholm

Baca lebih lanjut: Generasi Galaxy Buds Pro Baharu

Foto: Getty Images