Untukmu Ibu, Salvatore Ferragamo Beri Idea Hadiah Bermakna - Glam Malaysia
Untukmu Ibu, Salvatore Ferragamo Beri Idea Hadiah Bermakna

Untukmu Ibu, Salvatore Ferragamo Beri Idea Hadiah Bermakna

Kasih sayang yang diberikan oleh ibu kepada anak-anak tak dinafikan lagi tiada bandingannya. Keikhlasan ibu membesarkan anak-anak adalah satu pengorbanan yang sangat bermakna. 

Kemesraan hubungan ibu dan anak yang terjalin merupakan satu kelebihan yang tak semua berpeluang memilikinya. Bermula dari kemesraanlah, wujudnya keserasian yang tidak terbatas. Buat ibu yang meminati fesyen, tak terjangka minatnya itu akan diwarisi anak-anak, lantas mewujudkan pasangan ibu dan anak yang stylish. Apa yang dipakai si ibu, anak-anak pasti memerhati.

Ibu yang suka bergaya, sedikit sebanyak akan mempengaruhi perihal gaya anak-anaknya. Saling mendekati ibu yang peka pada fesyen, anak-anak pasti akan ikut sama secara tak langsungnya. Mungkin juga si ibu berkongsi seberapa tip-tip fesyen kepada anak-anaknya.

Dalam konteks tempatan, misalnya, Marion Caunter dan anak-anak perempuannya Leia Rose dan Lana Rose, adalah contoh terbaik pasangan ibu dan anak yang bergaya. Seringnya sedondon dan kelihatan ‘stylish’ kala muncul dalam aplikasi media sosial. 

Dedikasi ‘stylish moms’, Salvatore Ferragamo berkongsi cadangan hadiah untuk diberi sempena hari ibu yang jatuh pada minggu ini. Hadiah yang penuh kasih sayang, di samping itu dapat menyerlahkan sisi fesyen si ibu, di samping itu sebagai tanda penghargaan kasih sayang ibu yang tidak ternilai. Ferragamo perkenalkan corak baharu melalui himpunan musim bunga/panas 2021 yakni “Tuscan Wild Flowers”. Menggabungkan nilai kewanitaan bersama faktor elegan, representasi stail wanita masa kini. 

See also
Wajah Baharu PRADA, Kemunculan Istimewa Bintang THAI “WIN METAWIN”

TRIFOLIO TAP HANDLE

Salvatore Ferragamo

Ibu-ibu pasti suka. Ia didatangi dalam bentuk segi empat sama menandakan stail ibu yang ‘tajam’. Rasa pasti dengan apa yang dimahukan. Beg tangan ini ditonjolkan dengan elemen corak floral yang sederhana, sesuai dipakai ke mana-mana tempat atau acara kerana paduan warnanya senang untuk dipadankan dengan rona baju. Ruang untuk meletakkan barang di dalam beg dan yang paling utama ialah bergancu. Gancu rona emas menjadi titik fokus pada rekaan beg. 

SEPATU VIVA

Salvatore Ferragamo

Reka bentuknya cukup sederhana. Subtle tetapi ada aspek fesyen yang memaut. Ibu yang gemar keringkasan dalam stail, cukup sempurna dihadiahkan sepatu Viva dari Salvatore Ferragamo ini. Sepatu tapak leper sudah tentu ibu-ibu suka. Selesa, mudah untuk dipakai, namun cukup menonjol dengan butiran reben Viva pada bahagian depan sepatu. Sesuai untuk dipakai hari-hari. Hadir dalam warna kuning atau hijau lembut.

STUDIO BOX BAG

Salvatore Ferragamo

Buat ibu gemarkan beg tangan yang tidak kompleks. Rupa dan siluet beg Studio Box yang jitu, menyimbolkan cita rasa fesyen yang pasti. Material kulit bermutu dan motif warna yang ditampilkan segar serta klasik, sebaiknya dipadankan dengan sepatu yang senada untuk mencipta penampilan penuh gaya. Ibu yang penyuka gaya klasik, pasti mengidam untuk menggayakan beg Studio Box.

See also
Lima Tas Baharu Sempena Tahun Baru, Dari Valentino ke Dior

TALI PINGGANG GANCINI

Salvatore Ferragamo

Tampil energik dengan paduan tali pinggang bercorak floral seperti yang terlihat pada tali pinggang Gancini. Yang turut diberi sentuhan klasik, melalui reka bentuk dan warna gancu. Padu padan dengan celana putih atau beige untuk membuat gaya terkesan lebih unik. Pun boleh kenakan pakaian berlawanan untuk melengkapi gaya.

SANDAL F HEEL

Salvatore Ferragamo

Buat ibu-ibu muda. Mothers in their 30s. Mata teman-teman ibu pasti melirik hebat pada sandal F Heel yang disarung ibumu. Terkadang, beri satu injeksi pada gaya, misalnya sandal F Heel yang bertumit ini untuk memberi keyakinan. Kembalikan gaya muda ibumu agar bisa tampil lebih berani. Warnanya cukup memikat. 

Artikel berkaitan: Versace Core Collection, Bingkai Moden Menepati Gaya