Selain memenangi anugerah Oscars untuk Aktres Terbaik 2017 melalui filem hit La La Land, Emma Stone turut memenangi hati pengkritik fesyen pada malam itu dengan dress emas adi busana Givenchy dengan perincian kristal Swarovski. Emma juga merupakan aktres kedua yang memegang watak utama, menerima anugerah terhormat dan mengenakan dress Givenchy selepas ikon stail Audrey Hepburn pada tahun 1954.