Tiga Trend Fesyen Musim Bunga/Panas 2023 Mesti Tahu - Page 2 of 3 - Glam Malaysia
Tiga Trend Fesyen Musim Bunga/Panas 2023 Mesti Tahu

Tiga Trend Fesyen Musim Bunga/Panas 2023 Mesti Tahu

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

EMPORIO ARMANI

Kembara merupakan aspek terpenting dalam pembentukan identiti Emporio Armani, yang mana namanya turut menyimpulkan eklektisisme dan keupayaan menggabungkan yang bertentangan secara nyaman.

Koleksi musim ini diperbaharui, dengan siluet desain yang terinspirasi dari alam. Turut menawarkan kenyamanan dengan ruang gerak yang lebih bebas. Kesempurnaan penciptaan jaket ringan, kot dan jaket kemeja yang direka untuk gaya hidup di kota juga terilhami dengan corak berirama dan volum memanjang. Koleksi ini terasa disatukan dengan cara yang sama seperti perjalanan berakhir. Teknik suai padan mendasari penataan gaya, dengan tambahan detail yang meningkatkan apa yang mungkin dianggap dasar.

Paduan blazer dengan sarung sangat menonjol, manakala helaian atas dipanjangkan membentuk helaian luar dan segalanya berubah-ubah. Bergerak ringan di sekeliling badan, menggariskan bayang lembut dan siluet tajam yang difokuskan. Namun, dipadankan dengan sepatu flat yang chic. Semuanya berada di bawah gagasan tentang apa yang disebut sebagai perkotaan. Pilihan warna neutral dan hitam dan putih juga pastel dan menemukan keseimbangan melalui paduan aksesori rona hitam.

See also
Dunia Dongeng Menjadi Realiti Bersama DeGem