Parti Tahun Baharu, What To Wear? - Glam Malaysia

Parti Tahun Baharu, What To Wear?

Tiga minggu lagi, kita bakal menyambut tahun baharu. Tahun 2021. What can we expect in 2021? Tiada. Tunggu dan lihat sahaja. Usah letak ‘expectation’ yang tinggi. Adalah lebih baik ambil masa dan rancang sesuatu yang lebih hangat untuk menyambut ketibaan 2021. It will be so much fun. A party? Rancang atau sertai parti yang kawan-kawan kamu bakal anjurkan. Pelbagai acara telah disusun dan akan dilaksanakan dengan jayanya untuk meraikan kedatangan tarikh tersebut dengan azam, iltizam dan impian yang perlu direalisasikan sepanjang dua belas bulan atau 365 hari yang bakal meniti sepanjang tahun 2021.

Pastinya, menghadiri parti tahun baharu adalah agenda yang menyeronokkan. Boleh berjumpa kawan-kawan, berdansa, berjamu selera, melihat persembahan bunga api dan mendapat ‘update’ semasa kawan-kawan. And gossiping? Mengapa tak? That’s the most fun thing to do.

Cumanya, sambutan tahun baharu tidaklah sama seperti tahun-tahun sebelum ini, norma baharu perlu diadaptasi. Dan lebih berwaspada dengan situasi sekarang yang sangat membimbangkan. Tetapi, mengapa tak anjurkan parti yang sederhana. Skala kecil sahaja. Dalam sepuluh tetamu, misalnya. Jemput keluarga atau kawan-kawan rapat sahaja. Lebih intimate.

See also
Gaya Dinamik Jumpsuit

Tetapi, sebelum itu what do you want to wear? Tentu bingung bukan? Satu sahaja jawapan yang pasti iaitu ‘A LOOK’ to have fun in. Dan tak terlupa, gaya solekan dan dandanan rambut yang ‘extra special’.

Banyak sumber inspirasi dan idea tersedia untuk mencari ‘party looks’ yang menepati kod gaya baharu. Berkilau, bold, metalik, emas, fringy, baldu dan ‘standout’. Kamu pasti mahu menjadi ‘the centre of attention’ bukan? Tanpa kelihatan berlebihan. Fringe dress akan menampakkan kamu ‘stylish’ di lantai dansa. Pesan GLAM, jangan letakkan kesemua kriteria tersebut dalam satu looks yang sama. Contohnya, sparkly dress, sarat aksesori hiasan, solekan shiny, It is too overdone. Sudah-sudahlah dengan keterampilan sebegitu. Masanya, untuk bergaya dalam ‘look’ yang lebih segar dan unik. Sudah nak masuk 2021 bukan?

Trend fesyen musim dingin 2020 ternyata banyak memberi inspirasi. Rujuk pementasan rumah fesyen seperti Versace, Balmain, Michael Kors, Louis Vuitton, Celine, Saint Laurent, Dolce & Gabbana, Giorgio Armani yang menawarkan penampilan ke parti-parti hangat. Tercetus juga idea untuk menyarung sut atau jaket yang sparkle sebagai opsyen gaya menyambut tahun baharu. Seperti yang dicadangkan rumah fesyen Armani dan Bottega Veneta. Namun, terpulanglah kepada kamu untuk memilih rekaan dan konsep yang bagaimana. Seksi atau subtle, turutilah pilihanmu. Because come on- who doesn’t want a killer outfit?

tahun bahar
GIORGIO ARMANI
tahun bahar
GIVENCHY

Artikel berkaitan: Buah Tangan Buat Tersayang Ilham Salvatore Ferragamo

See also
Siapa Best Dressed Di Parti Gucci?