Buah Tangan Buat Tersayang Ilham Salvatore Ferragamo - Glam Malaysia
GUBAHAN PALING GIRANG!


KERIANGAN HUJUNG TAHUN LEBIH BERGANDA DENGAN NIKMATI RASA GIRANG BERSAMA!
Tanpa diduga, hujung tahun menjelma jua. Walaupun apa juga yang berlaku, tahun ini mengajar kita untuk lebih menyayangi antara satu sama lain. Semangat bersama itu perlu dipupuk dalam diri. Jangan biarkan hujung tahun sunyi tanpa peneman. Teruskan tradisi dalam menghubungkan yang jauh agar lebih dekat. Serta yang dekat pula terus nyaman dalam pelukan. Biar rasa girang meletuskan perasaan. Inilah gubahan baru Salvatore Ferragamo dalam melahirkan koleksi akhir tahun 2020!


Kebersamaan menjadi kunci teras paling utama buat himpunan Salvatore Ferragamo Holiday 2020. Kongsi Paul Andrew selaku Pengarah Kreatif Salvatore Ferragamo gabungan artisan dan kemahiran jenama ini dapat memupuk semangat inovasi dan mencipta sesuatu yang cukup berharga. "Fokus koleksi ini untuk memastikan tradisi terus terjaga. Seperti tradisi ber- kumpul ahli keluarga, bersama menikmati cinta juga bertukar-tukar hadiah," ujar Paul Andrew.

Usaha utama melalui setiap aksesori yang dipersembahkan adalah agar setiapnya memberi manfaat pada penerima. Ini adalah item yang akan lama menjadi pelengkap gaya anda. Ia juga membawa kenangan terindah dalam setiap acara kerana semangat girang itu terus menyala. Inilah himpunan terbaik dalam mewujudkan memori paling indah!
See also
GLAM OOTD: Daiyan, Scha, Shalma And More!





BUAT CINTA HATI


SALING MELENGKAPI MENJADI RESMI ALAM. RAIKAN CINTA DENGAN HADIAH PALING ISTIMEWA YANG SEDONDON DAN SETARA.
Apa yang indah buatmu juga cantik buatku. Jika melangkah keluar mata cemburu melihat kita. Maka taruhan Salvatore Ferragamo adalah aksesori yang melengkapi wanita dan jejaka. Rona emas dan hitam menjadi palet penting buat koleksi akhir tahun. Menaikkan lagi semangat untuk nampak mewah di acara hujung tahun.
Gaya moden terus disemai untuk kepuasan gerobok Salvatore Ferragamo. Bayangan wanita yang kontemporari bermain dalam minda. Stail mereka lebih kemas juga mampu menangkap perhatian yang memandang. Jelingan manja daripada jejaka yang tidak kalah bergaya, tersemat tali pinggang bergancu Gancini menonjolkan rasa maskulinnya. Dua insan senada dengan memori indah dalam item terbaik hujung tahun ilham Salvatore Ferragamo.
BUTIK
See also
10 Gaun Yang Paling Banyak Pencarian Di Google