Jiwa Wanita Moden Diraikan Oleh Roger Vivier Koleksi Bunga/Panas 18

Legasi Timeless Roger Vivier Memartabatkan Jiwa Wanita Moden

Indah Jonasson (kiri) mengenakan tas Viv’ Cabas Shirting Mini (RM12,786) dan Podium Chipslette West Sandals T.50 (RM4,750)
Raja Jesrina mengenakan Chipslette West Sandals T.10 (RM4,500)

Mempersembahkan koleksi musim bunga/panas 2018 sewaktu Minggu Fesyen Paris tahun lalu, Roger Vivier sekali lagi membuktikan kenapa mereka antara peneraju sepatu wanita yang disegani. Memahami kehendak wanita sejak tahun 1930, Roger Vivier meneruskan legasinya dalam mengangkat martabat wanita melalui rekaannya. Dengan koleksi musim bunga/panas 2018 ini, Pengarah Kreatif Roger Vivier memastikan  mereka yang menghadiri acara istimewa itu berpeluang untuk menjiwai semangat yang diterapkan ke dalam setiap ceraian.

 

Rekaan Roger Vivier melambangkan sifat feminin seorang wanita dan pada masa  sama kekuatan yang ada pada wanita RV yang dizahirkan melalui sepatu ikonik mereka yakni kasut tumit Choc mereka. Koleksi yang sarat dengan rekaan moden ini juga bermain dengan rona-rona terang sebagai visi segar  untuk mengikut peredaran masa dan juga evolusi wanita.

See also
Over-The-Knee Boots Pilihan Fesyen 2023

 

Mewakili wanita-wanita berkarisma dalam era moden ini, GLAM menjemput dua usahawan wanita berjaya Raja Jesrina Arshad, pengasas PurelyB, dan Indah Jonasson dengan Kids Lounge Sdn Bhd sebagai wanita zaman moden yang menjiwai semangat wanita Roger Vivier.

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Tas Viv’ Cabas (RM15,000) dan Vertigo Pumps (RM 4,500)

GLAM: Petikan “A dress is carried by the woman, but the shoe carries a woman,” bermain dengan jelas sewaktu persembahan mereka tahun lalu. Apakah pendapat anda mengenai petikan ini sebagai seorang wanita? 

Raja Jesrina (RJ): Saya percaya kita semua membawa identiti kita sendiri menerusi apa yang kita pakai. Sebagai wanita yang kuat dan berdikari sudah tentu apa sahaja yang kita pakai melambangkan siapa diri kita. Saya sering menghadiri mesyuarat di luar negara dan sepatu yang dipilih haruslah sesuai dengan situasi saya pada masa itu. Justeru, dengan menyarungkan sepatu  sesuai yang dapat melambangkan siapa diri anda, secara tidak langsung rasa yakin itu juga akan menyusul.

 

Indah Jonasson (IJ): Saya percaya apa sahaja yang anda pakai, anda harus melambangkan diri anda. Personaliti anda harus jelas melalui stail anda. Roger Vivier melambangkan wanita yang penuh kelas dan elegan dalam setiap langkah yang diambilnya.