Kisah Tiara Paling Menarik Di Dunia - Page 3 of 4 - Glam Malaysia

Kisah Tiara Paling Menarik Di Dunia

Tiara adalah simbol kemewahan paling terulung buat kelompok elit dunia!

Tiara selalunya menjadi pelengkap gaya buat orang istana. Ia menjadi satu simbol kuasa juga kemewahan yang dimiliki oleh mereka. Selalunya, aksesori mewah ini dihasilkan menggunakan berlian dan permata paling unik dan cukup asli. Para permaisuri yang mendampingi raja pasti akan memakai tiara untuk menzahirkan kekayaan masing-masing. Kini, bukan sahaja orang istana yang mempunyai wang untuk memiliki aksesori kepala yang satu ini. Kerana, banyak orang kaya dunia mula mengumpulnya khas buat simpanan peribadi, kegunaan untuk acara mereka atau dimasukkan dalam wasiat.

3 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Mahkota Cambridge Lover’s Knot mungkin menjadi aksesori kepala paling disayangi oleh Kate Middleton. Mahkota ini asalnya milik nenda Putera Williams, kemudian diturunkan kepada Ratu Elizabeth dan dihadiahkan pula kepada mendiang Diana. Kini ia selesa dijaga oleh Kate Middleton. Mahkota ini dihasilkan oleh Garrard menggunakan berlian dan mutiara milik keluarga diRaja.

tiara

Diana Spencer