Di dalam dunia digital mungkin agar sukar untuk jejak kebersamaan. Kerana kita tidak mampu melihat mereka dengan secara fitrah. Namun, melihat situasi sekarang ini hanya dengan digital sahaja kita dapat berhubung. Usah hilangkan masa untuk terus bersama. Ini menjadi idea di MCM untuk merayakan musim percutian hujung tahun. lebih bersifat kebersamaan dalam dunia digital.
Melangkah dalam dunia yang hyperreal, galaksi digital MCM ini cuba menukar nilai kebersamaan dengan sifat yang lebih exciting. Visual yang digunakan mencipta drama dimensi tanpa had. Kempen ini juga mencuba untuk menzahirkan rasa interaksi diantara manusia dalam gaya digital. Ada juga selitan unsur kepelbagaian dengan wajah-wajah pelbagai kaum dijadikan seri kempen festival MCM.
Imaganasi MCM melangkau jauh dengan menghidupkan watak kempen mereka bersama aksesori musim luruh 2020 dalam rekaan grafik avatar. Ada banyak interaksi togetherness yang dianjurkan oleh MCM untuk musim akhir tahun ini. Termasuklah melangkah masuk ke butik mereka dalam satu akses digital augmented. Selain itu, MCM juga melancarkan filter menarik untuk mengukuhkan lagi kempen digital ini. Ia adalah untuk mendekatkan lagi interaksi diantara jenama dengan klien melalui askes digital yang disediakan.