PUMA FIT Untuk Wanita Gaya Hidup Aktif Kini Pasaran Malaysia
https://glam.my/fesyen/summer-style-its-barbiecore-5-selebriti-bergaya-barbiecore/

Jalani Gaya Hidup Aktif Bersama Inovasi PUMA Fit

PUMA Fit kini boleh didapati di Malaysia. Koleksi pakaian aktif terkini khusus wanita yang giat beraktiviti sihat. Mengutamakan prestasi rekaan, selain dimensi gaya yang cemerlang.

Jenama sukan global, PUMA teruja untuk mengumumkan pelancarak koleksi pakaian aktif terkini, PUMA FIT. Menyatukan dunia sukan yang menjadi narasi utama bagi PUMA saat ini, pada masa gaya hidup aktif menjadi aktiviti utama kebanyakan wanita masa kini. 

Koleksi PUMA FIT menawarkan set pakaian sukan premium, termasuk inovatif kasut PUMA PWRFRAME TR 2 dan pelbagai pakaian sukan PUMA FIT untuk wanita pelbagai keperluan. Koleksi PUMA FIT menggabungkan prestasi dan stail dalam potongan teknikal yang terlihat sebaik yang mereka bakal rasai.

Reka bentuk yang menarik dan sesuai dengan bentuk menampilkan penjenamaan berani dan fabrik inovatif, menjadikannya pakaian aktif yang ideal, misalnya untuk aktiviti bersenam, gim dan sebagainya.

Prestasi cemerlang dengan PUMA FIT

PUMA FIT

Didominasi oleh warna hitam dan biru, injeksi warna neon sebagai penyegar turut terlihat dikoleksi ini. Highlight utama merupakan PUMA PWRFRAME TR 2.

See also
Pesona Energik Armani Exchange Untuk Musim Baru

Diciptakan dengan teknologi termaju, kasut sukan yang menawaekan sokongan terbaik dengan PWRFrame, sistem rangka tapak tengah 3Dnya; EVA-PROFoam, kusyen dipertingkatkan melalui lantunan tinggi; PWRTAPE.

Sokongan atas yang disasarkan dan ketahanan; dan PUMAGRIP, sebatian getah tahan lasak untuk daya tarikan pelbagai permukaan yang luar biasa. 

Artikel berkaitan: Summer Style, It’s BARBIECORE! 5 Selebriti Bergaya Barbiecore