Gaya Fesyen 2021 Perlu Cuba Sekarang - Glam Malaysia

Gaya Fesyen 2021 Perlu Cuba Sekarang

Kini masuk minggu pertama di dekad baru. Kita survived 2020 dengan jayanya. Walupun berliku jalan, but the show must go on! Dabik dadamu tinggi kerana ia tidak mencalarkan rentak fesyenmu. Gaya fesyen 2021 membawa masuk peralihan stail yang baru. Kita boleh lupakan seketika gaya loungewear yang memang tidak dapat disangkal cukup seelsa. But ladies, ayuh cuba gaya fesyen 2021 yang GLAM cadangkan ini. Ia memberi rentak lebih hangat dalam penataan harianmu. Daripada skirt pendek hingga ke jaket menjadi antara gaya wajib wanita GLAM sekarang!

MINI TOWN

gaya fesyen 2021
Dolce & Gabbana, Chanel, Versace dan Miu Miu

Jika ditanya dekad mana yang bakal memberikan inspirasi paling utama pada gadis sekarang adalah dekad 2000. Kita sudah lihat bagimana beg bahu menjadi perisai fesyen gadis di media sosial. Hanya sekarang pula, fokus ceraian adalah pada skirt pendek mini. Dipadankan bersama baju sendat, lagi memuncakkan gaya klasik Pop Princess, Britney Spears! Lebih-lebih lagi setelah hampir setahun melakukan spinning classes secara maya, inilah masana untuk mempertontonkan kaki kamu yang tonned itu!

See also
Trend: Suede dan Denim

JACKET REQUIRED

gaya fesyen 2021
Emporio Armani, Coach, Gucci dan Kenzo

Kita masuk tahun 2021 dengan hujan tanpa henti. Monsun kali ini lain macam dramanya. Dari hari pertama tahun 2021 hingga beberapa hari seterusnya, Malaysia dibasahi dengan hujan. Kata orang ia turun membawa rezeki. Juga, ia adalah alasan paling utama kita laramkan jaket nipis yang sudah setahun tersangkut dalam almari kamu. Lagi-lagi kita tidak boleh terbang ke negara sejuk. Apa kata singgah ke Coach atau Emporio Armani untuk mendapatkan jaket nipis atau trench coat bagi cuaca sejuk di Kuala Lumpur kini.

LOOSE ENDS

gaya fesyen 2021
Zimmermann, Ulla Johnson, Proenza Schouler dan Victoria Beckham

Akhirnya kita jumpa cuba trend seluar yang mampu memberikan perlawanan paling setara dengan skinny jeans! Hidup inikan perlukan keseimbangan. Bukan setiap hari anda perlu sarungkan skirt pendek mini. Mungkin ada harinya, anda akan lebih kelihatan chic bersama celana potongan baggy. Gayakan dengan kardigan kait untuk menampakkan sensasi gadis era millennium! Pilihan celana longgar debim atau cargo akan menambah rasa chic gaya harianmu.

Pautan berkenaan: Empat Jenama Barang Kemas Yang Menjual Beg!

See also
Blake Lively Definisi Fabulosity!