Dekoratif Seni Tory Burch - Glam Malaysia

Dekoratif Seni Tory Burch

Tory Burch menerokai budaya seni, lalu diolah menjadi penceritaan utama koleksi musim luruh dingin. Rekaan-rekaan yang sarat corak botani serta motif geometri yang dicedok kebanyakannya daripada konsep imejan yang dipinjam hasil karya seni terhebat Francesca Dimattio. Butiran-butiran romantik yang memaut, dibanjiri elemen kewanitaan yang cukup perkasa dipersembahkan dedikasi musim baru.

Peralihan dekad baru dalam fesyen, Tory Burch tidak lagi menggenggam erat prinsip klise fesyen musim luruh seperti terdahulu. Yakni warna-warna suram atau fokusnya hanya pada kot labuh atau kot trench sahaja. Malah, koleksi musim luruh 2020 kali ini memberikan lirikan penuh romantik mengikut nada moden, cukup berona, lebih bold, di samping itu terzahir aturan gaya baru buat wanita yang always on the go.

Dengan pilihan helaian dan aksesori yang berbagai rekaan baru bersifat kembara, perincian diperbaharui, teknikal malah penghasilan warna menggarap inspirasi dari karya seni, Francesca DiMattio. Rekaan yang bercetak membuatkan keseluruhan gaya musim ini meriah dan bebas dalam gaya tersendiri. Tory Burch ada berkongsi bahawa dia sangat mengagumi karya-karya agung Francesca DiMattio sejak dahulu lagi.

See also
Barisan Personaliti Tempatan Turut Menghadiri Pertunjukan Coach S/S '19

Menariknya, Tory Burch meneroka ilhamnya itu menerusi pengamatannya terhadap siluet, palet warna, corak, dan penggunaan fabrik. Meneliti tiap rekaan, kreativiti untuk musim ini terletak pada ragam siluet klasik yang dinafaskan semula dengan aliran moden. Seratus peratus feminin, namun bersandarkan pola pakaian lelaki melalui potongan dan butiran yang memperlihatkan terus daya Tory Burch untuk berinovasi. Seperti contoh sut kelabu berkonstruksi teguh, blaus silk bersama padanan but tinggi kulit yang menonjolkan biasan maskulin.

Nafas baru musim ini membentuk elemen malar segar, lalu dilantangkan dengan motif-motif indah yang dikerjakan oleh DiMattio.

 

Corak flora seakan kebun bunga, juga warna-warna yang mencedok budaya Turki, Inggeris dan Perancis, diperkasakan lagi dengan corak-corak lantang. More exaggerated melalui kod gaya yang berstruktur.

Kekuatan himpunan kali ini turut terpecik pada deretan tas tangan dan sepatu but, termasuklah rangkaian beg Eleanor. Reka bentuk beg Eleanor dipertingkatkan dan diperbuat daripada kulit buatan Itali, menimbulkan keseragaman melalui potongan beg dan kefungsian yang praktikal. Mencadangkan gaya baru yang tidak terbatas, yang mana beg Eleanor bereka baru boleh juga dijadikan pilihan pelengkap penampilan harian.

See also
Nelissa Hilman SS23, "Bertahun Saya Mencari Wanita Nelissa Hilman."

Koleksi Lee Radziwill pula mengintepretasikan semula beg saddle 70-an dengan koordinasi bentuk yang menjunjung perspektif lebih segar. Setiap look yang melewati pentas peragaan Tory Burch giat memfokuskan kepada rekaan but cukup beragam dan berkarakter, mencabar kenormalan serta konvensional yang biasa kita lihat pada Tory Burch sebelum-sebelum ini.

Selain perincian diperbaharui, teknikal malah penghasilan warna sangat menyegarkan dengan garapan warna-warna lantang seperti kuning, merah jambu-menyisih karakter yang cukup playful.

Dan turut memuatkan palet warna krim, putih, hitam, navy dan hitam arang, memperhebatkan lagi elemen maskulin untuk mengukuhkan lagi intensitif dan keagresifan gaya feminin yang bertunjangkan sifat wanita moden. Tetapi, memesrai jati diri Americana yang masih menjadi percaturan terpenting Tory Burch.

THE POWERFUL WOMEN

Acara fesyen Tory Burch meriah dengan kehadiran wanita-wanita pilihan Tory Burch yang datang dari pelbagai latar belakang, identiti beragam serta cita rasa fesyen, berkumpul untuk menyokong koleksi Tory Burch musim baru.

Penampilan pelakon A-list seperti Julianne Moore dan model masa kini, Adwoa Aboah menerbitkan rasa teruja pabila menyaksikan kehadiran mereka. Dua figura penting ini, tidak sama sekali terjangka penyatuan mereka di acara Tory Burch sempena Minggu Fesyen New York.

See also
Uniqlo Memilih J.W. Anderson Untuk Kolaborasi Terbaru Mereka

 

Julianne Moore & Adwoa Aboa

 

Lucy Liu & Julianne Moore

 

Aya & Ami of AMIAYA

 

Francesca DiMattio & Bianca Brandolini d’Adda

 

Selain itu, tak ketinggalan juga kelibat Francesca DiMattio dan Bianca Brandolini hadir untuk menonton Tory Burch musim luruh/sejuk 2020, sambil itu bertemu Tory Burch di luar ruang acara sebelum pementasan bermula.

Pasangan kembar stylish, Aya dan Ami (AMIAYA), Mia Goth, Bel Powley dan Tina Leung juga antara tetamu yang duduk di front row Tory Burch, bertujuan untuk menyokong usaha keras Tory Burch dalam memartabatkan wanita melalui perihal fesyen khasnya.