Beg Bunny LOEWE Sempena Sambutan Lunar - Glam Malaysia
Tampil Kreatif Dengan Beg Bunny LOEWE Sempena Sambutan Lunar

Beg Bunny LOEWE Sempena Sambutan Lunar

WHAT’S FUN IN FASHION? SUAI PADAN BEG BUNNY LOEWE YANG CUKUP ISTIMEWA DENGAN PENAMPILAN SEPANJANG MUSIM PERAYAAN INI. LOEWE MERAIKAN TAHUN ARNAB DENGAN PILIHAN GAYA YANG MENGGABUNGKAN BUDAYA TRADISIONAL CINA DENGAN ASPIRASI JENAMA INI UNTUK TAHUN 2023.

LOEWE mengolah semula simpulan khas perayaan melalui koleksi beg, sedia pakai dan perhiasan yang dihiasi dengan telinga arnab ikonik Loewe dedikasi menyambut Tahun Arnab. 

Memiliki lebih 170 tahun kepakaran atelier dalam ketukangan kulit, beg Bunny LOEWE adalah reka bentuk klasik, yang telah diimaginasikan semula dan diberi sentuhan eksklusif untuk meraikan Tahun Arnab. Dengan ‘simpulan’ yang melambangkan hubungan manusia dan nasib baik di kalangan masyarakat Asia, pasukan artisan mencipta simpulan indah sebagai hiasan utama dan hadiah untuk ucapan sejahtera.

LOEWE memilih haiwan arnab sebagai fokus utama…

Jadi, untuk meraikan Tahun Arnab, pada Januari ini, LOEWE mengilhami tradisi budaya simpulan dalam koleksi kapsul baharu yang mengikat telinga arnab liut pada beg Arnab ikonik LOEWE, dan juga Basket, Hammock dan Pocket. Yang pelbagai reka bentuk dan fungsi.

See also
It-Shoes : Arthur Sneaker Burberry

Melengkapi koleksi aksesori terdapat juga rangkaian kemeja T dan baju sejuk dalam warna kapsul yang dihiasi dengan corak garis besar yang digunakan oleh atelier untuk mencipta telinga arnab bersimpul ini. Dan untuk menonjolkan petanda nasib dengan tepat, beberapa kepingan perhiasan telah dipilih dengan teliti. Perincian indah lagi bersifat playful, Bunny Dice turut ditawarkan dan beberapa lagi produk yang mengambil haiwan arnab sebagai iham. Seperti rangkaian lilin dan set origami Bunny yang hadir dalam nuansa merah yang berseri-seri. Menambah opsyen lain sebagai perhiasan kediaman. Sudut kediaman bertambah seri lagi meriah dengan suasana perayaan. 

Koleksi tahun baru ini menampilkan pelakon Tang Wei yang meraikan bagaimana masa istimewa tahun ini dapat menyatukan semua termasuk keluarga. Dalam kempen video menyaksikannya membuka kotak besar dan mengeluarkan anak patung arnab yang besar dan lembut. Dan membawanya berjalan mengembara ke kawasan luar bandar China untuk bertemu kembali arnab kecil. Kempen tersebut turut disertakan dengan beberapa siri visual yang menyentuh emosi bersesuaian dengan ‘mood’ meraikan perayaan tersebut.

See also
The new Icon : Chanel 19

Artikel berkaitan: Menggamit Memori, Loewe Bertemu ‘Spirited Away’ dalam Satu Koleksi Kapsul