Anya Taylor Joy Curi Tumpuan Mata Fesyen - Glam Malaysia
ANYA TAYLOR JOY

Anya Taylor Joy Curi Tumpuan Mata Fesyen

Anya Taylor Joy bukanlah orang baharu dalam arena hiburan. Dia terdahulu sudah menghiasi banyak filem. Antara yang pernah dibintangi oleh bintang asal Florida ini termasuklah The Witch yang mana menjadi debut filem buatnya. Selain itu Anya Taylor Joy juga pernah membintangi filem arahan M. Night Shyamalan bertajuk Split. Tetapi, rentaknya lebih nampak di kaca televisyen. Taylor Joy menjadi jaguh buat racangan drama Peaky Blinders. Paling terbaru watak utama buat The Queen’s Gambit yang diterbitkan buat Netflix.

Pada usia 23, Taylor Joy bintang muda yang dinanti-nantikan oleh label fesyen. Mereka sentiasa mahukan darah baru. Wajah Taylor Joy memberi definisi baru pada arena fesyen. Kejelitaannya yang unik itu diburu oleh label fesyen dan dia mula dibaluti gaun berlabel mewah. Paling mengujakan adalah ketika pelakon ini muncul dalam gaun Bob Mackie buat acara karpet merah tayangan perdana Emma. Cita vintaj baju itu ditambah gah selari dengan filem Emma yang berkisar era Regency.

anya taylor joy

Kini, Tayloy Joy sibuk merangkul anugerah buat lakonannya sebagai Beth Harmon dalam rancangan televisyen The Queen’s Gambit. Pertama kali dia muncul dalam balutan gaun hijau Dior buat acara Golden Globes. Dress hijau lureks itu digandingkan bersama kot dalam rona dan material senada. Tiffany & Co. pula melengkapkan gaya pemenang anugerah pelakon wanita terbaik oleh Golden Globes 2021 bersama rantai, cincin dan subang berlian.

See also
Trend Kecantikan Pilihan Glam di Minggu Fesyen New York Musim Bunga/Panas 2020
DRESS DIOR
BARANG KEMAS TIFFANY & C0.

Kemudiannya, dia muncul pula dalam gaun merah berry berjenama Dior. Artisan Dior mengambil masa 200 jam untuk menyiapkan masterpiece ini! Sekali lagi, tuah Dior melekat padanya dan dia berjaya membawa pulang anugerah Pelakon Wanita Terbaik daripada Critics Choice Awards. Cuma kali ini, kilauannya daripada barang kemas Bvlgari.

BARANG KEMAS BVLGARI DAN DRESS DIOR

Pautan Berkenaan: GLAM Persona: Nora Danish Reborn