15 Gaya Glamor Selebriti Di MTV VMA 2023 - Glam Malaysia
15 Gaya Glamor Selebriti Di MTV VMA 2023

15 Gaya Glamor Selebriti Di MTV VMA 2023

MTV Video Music Awards atau singkatannya MTV VMA yang diadakan pada 13 September lalu di Prudential Center, New Jersey berlangsung cukup meriah.

Acara MTV VMA tahun ini menyaksikan kemunculan gah nama-nama besar dalam industri muzik termasuk Shakira, Nicki Minaj, Cardi B, Doja Cat, Taylor Swift dan ramai lagi.

Permaidani merah jambu acara itu dihangatkan dengan kehadiran para selebriti yang tampil dengan gaya berani dan luar daripada kebiasaan.

Semak beberapa gaya selebriti yang mencuri perhatian pencinta fesyen pada acara MTV VMA 2023

 

Cardi B tampil unik dalam gaun rekaan Dilara Findikoglu bersama sepatu Jimmy Choo. Busana metalik yang disarungnya diperbuat daripada cantuman ratusan klip rambut besi.

 

Meghan Thee Stallion menggayakan persalinan jarang Brandon Blackwood rona hitam. Penampilannya diserikan dengan barang kemas Jacob & Co.

 

Sentiasa tampil berkilauan di atas pentas, Taylor Swift memilih gaya kontras untuk acara karpet merah MTV VMA 2023. Penyanyi ini menyarung gaun asimetri Atelier Versace rona hitam bersama sepatu Jimmy Choo serta barang kemas Maria Tash, Anita Ko, iTA dan Joseph Saidian and Sons.

See also
Gaya Selebriti Pilihan GLAM Minggu Raya 2024

 

Nicki Minaj tampil serba merah jambu dari hujung kepala ke kaki. Persalinan daripada Dolce & Gabbana itu menampilkan korset ketat bersama skirt dan vel jarang.

 

Selena Gomez hangat dalam gaun flora merah menyala Oscar de la Renta. Sepatu Jimmy Choo sedondon menyempurnakan penampilannya.

 

Tampil manis dalam persalinan merah jambu, busana rekaan Area Couture yang digayakan Saweetie menampilkan perincian unik berbentuk tulang. Ia diinspirasikan daripada fesyen zaman gua, menurut penyanyi itu.

 

Olivia Rodrigo berkilauan dalam gaun Ludovic de Saint Sernin Swarovski yang dipadankan bersama sepatu Roger Vivier.

 

Chloe tampil serba biru dalam persalinan Roberto Cavalli by Fausto Puglisi. Sepatu Jimmy Choo dan barang kemas Stephanie Gottlieb menambah seri pada penampilannya.

gaya selebriti MTV VMA 2023

 

Sabrina Carpenter memilih busana Vera Wang Haute gabungan rona putih dan perak. Gayanya disempurnakan dengan sepatu Jimmy Choo dan barang kemas Jacob & Co.

gaya selebriti MTV VMA 2023

 

Bagaikan dewi, Shakira cukup menyerlah dalam gaun Atelier Versace keemasan bersama sepatu daripada Piferi. Dia hadir ke MTV VMA 2023 ditemani dua puteranya, Milan dan Sasha.

See also
Minggu Fesyen Paris: Dior Spring/Summer 2019

gaya selebriti MTV VMA 2023

 

Ashanti menggayakan gaun jarang rona champagne dengan perincian berkilauan hijau berbentuk penyu di bahagian dada. Dia membimbit klac yang mengesahkan spekulasi percintaannya dengan bekas teman lelaki, Nelly.

gaya selebriti MTV VMA 2023

 

Segalanya gah tentang penampilan Demi Lovato di karpet merah jambu MTV VMA 2023. Dia tampil serba hitam dalam gaun mini dan kot besar geometri. Gayanya disempurnakan dengan sepatu Christian Louboutin sedondon dan barang kemas Lorraine Schwartz.

gaya selebriti MTV VMA 2023

 

Dove Cameron menyerlahkan sisi kreatifnya dengan menyarung gaun yang direkanya bersama Coach. Dia memilih sepatu Giuseppe Zanotti dan barang kemas Simon G sebagai pelengkap gaya.

gaya selebriti MTV VMA 2023

 

Tiffany Haddish menggayakan persalinan Jason Wu rona hitam yang menampilkan sut badan dan gaun jarang. Sepatu Giuseppe Zanotti dan barang kemas Reza menambah seri pada penampilannya.

gaya selebriti MTV VMA 2023

 

Ratu pop Latin, Thalia juga tidak kalah bergaya dalam bodycon dress gangsa Dolce & Gabbana dan sarung tangan sedondon yang dipadan bersama barang kemas Jacob & Co.

gaya selebriti MTV VMA 2023

 

Foto: Page Six/Getty Images

See also
Stail Pasangan Hollywood Terbaik Di Emmy Awards 2023

Baca: 30 Fesyen Paling Diingati Di Karpet Merah Festival Filem Venice