Datin X: Risau Anak Perempuan Tak Laku-Laku Sudah

Datin X: Risau Anak Perempuan Tak Laku-Laku

Harga barang sekarang semuanya naik, segala perbelanjaan bertambah tinggi. Nilai sekeping wang RM50 menjadi begitu kecil. Anak Datin X sekali dihulur RM50, dia pantas menjawab, “Nak belanja di 7-Eleven  pun tak cukup!” Yang kaya makin kaya, yang miskin menjadi semakin susah. Banyak orang offer Datin X dengan macam-macam proposal bisnes. Segala macam joint venture, nak minta jadi funder dan entah apa lagi. Kalau dulu boleh lah juga Datin X pertimbangkan. Tetapi buat masa sekarang, memang terlalu berisiko. Jadi Datin X hanya tunggu dan lihat dulu. Ramai bertanya pada Datin X, macam mana nak buat duit? Apa cara yang paling senang? “Kalau orang macam Datin pun tak nak melabur duit, habis bagaimana kami ni?” Satu soalan yang jika diajukan Datin X tiada jawapan.

 

“Itulah Linda. Sayang betul anak you hari tu tak jadi kahwin dengan anak Datuk A. Kalau tak, dah senang dah you hari ni!” Kasihan I tengok you ni Linda… ke sana ke mari menjaja proposal. Perabis duit minyak, duit makan untuk melobi projek-projek yang tak jadi. Buat letih badan saja!” Linda termanggu seketika seakan menyesal kerana dia yang membuatkan hubungan anaknya retak. “That boy pukul my girl lah. Takkan you nak biar anak sendiri kena pukul? Kalau dah kahwin nanti entah macam manalah!” Celah kawan yang satu lagi, “Bukan apa Linda… pride put aside, cara senang nak jadi kaya is to marry off your children to well off families. We as the parents have to support lah!” Tiba-tiba mereka baru terperasan Datin X pun ada di meja sama, semua ketawa berdekah-dekah. Datin X pun buat ketawa sama. Well, that’s not exactly funny. Memanglah balik nanti nak pergi warning awal-awal anak teruna Datin X!

See also
Empat Posisi Seks Yang Boleh Membahayakan Pasangan Anda!

 

“Datin, anak perempuan si Z tu tak kahwin lagi kan? Is she seeing anybody? Umurnya dah berapa sekarang? That day I saw her with the daughter… dah nampak berusia dah anaknya tu!” Sibuk betul kawan Datin X seorang ni yang sememangnya terkenal dengan sikap busy body. “Tapi betul lah… dulu bangga betul dia sorong anak dara dia ke sana-sini. Dan jenuh dia cuba kenenkan dengan seorang anak lelaki Puan Sri ni, tapi Puan Sri macam keberatan. Dan baru-baru ini dia ada yang perkenalkan anaknya dengan satu anak CEO syarikat gergasi ni, pun tak jadi juga. Tapi kenapa satu pun tak menjadi ya? You rasa apa sebabnya Datin?” Eh, dia tanya kita pula! Tetapi apa yang pasti, episod-episod cubaan Z ‘mengahwinkan’ anaknya dengan anak-anak orang berada sudah lama kami dengar. Terlalu kerap hingga nampak seakan terdesak. Kasihan anak Z. Sudahnya  nampak seperti dia yang hidung tak mancung, tapi pipi yang sorong-sorong!

 

Datin X gelar social climber seorang ini sebagai Z. Dia businesswoman dan society’s darling. Semasa era disko 80-an dulu, Z adalah party girl paling hot! Memang happening kalau tengok balik gambar-gambar lamanya. Hari itu entah mengapa kami berkumpul di rumah salah seorang teman, tiba-tiba menyelak album lama mengenangkan gelagat kami semua zaman muda. Dan pada waktu itu juga salah seorang daripada kami bertanyakan perihal anak gadis Z yang dahulu selalu dibawanya mundar-mandir hampir ke setiap majlis sosial ibu kota. Z paling suka bila Datuk-Datuk, Datin-Datin merujuk anaknya sebagai ‘my future daughter-in-law’. Tentu sekali dia mahu anaknya menjadi sebahagian daripada keluarga hartawan ternama atau paling tidak menjadi menantu insan bergelar. Banyak kali juga Z cuba matchmake anaknya dengan anak-anak teruna dari keluarga berpengaruh, namun sayangnya tiada chemistry. Dengar ceritanya, yang lelaki selalunya back off dulu. Entah apa kurangnya pada anak perempuan Z tu. “You know what Datin… I think that girl tak berapa betul. Have you heard how she speaks? She acts like a little girl, no?” Cepat-cepat kawan satu lagi mencelah, “Hei, tak baik cakap macam tu!” Dan perbualan terhenti di situ, tatkala masing-masing berfikir sendiri. Mungkin ada betulnya?

See also
Datin X: Gold Digger Tegar

 

Sekarang Z sudah tidak senang duduk melihat anak perempuannya yang kini usia lebih 30 tahun tetapi tidak pernah ada boyfriend. Orang sudah mula bertanya-tanya hingga dia sendiri naik risau mengenangkan anaknya yang tidak laku-laku. Sekarang Datin X pun sudah lama tidak dengar khabar anak perempuan Z. Khabarnya Z teramat marah apabila anak perempuannya  tidak mahu lagi keluar ke parti-parti atau tunjuk muka dikhalayak teman-teman sosialit. Z seakan berdendam hingga anaknya sendiri menjauhkan diri. Dalam masa sama, Datin X juga kasihan pada anak perempuannya itu sebab dari kecil lagi dia sudah disogok dengan idea yang perempuan kalau mahu bahagia, wajib kahwin orang kaya-raya. Mungkin anak itu rasa rendah diri kerana mungkin juga bukan itu yang dia cari dalam hidupnya – antara mahu membahagiakan ibu dan keinginan peribadi.

 

Semalaman Datin X berfikirkan mengenai kehidupan hari ini yang semakin mendesak. Orang sanggup berbuat apa sahaja untuk wang walau terpaksa merancang jodoh anak dari kecil, sebagai fixed deposit di masa hadapan. Seperti kawan Datin X tadi, Linda dahulu betul-betul menghalang anaknya daripada berkahwin dengan seorang lelaki ini yang khabarnya womanizer dan jenis memukul perempuan. Tapi bila lelaki itu kahwin pula dengan wanita lain, ramai yang memadankan muka Linda. Kata orang, Linda menolak tuah. Soalan Datin X sekarang, apakah jodoh dengan pasangan yang sederhana itu tidak cukup kelas? Kalau pun jodoh dikalangan orang marhaen, apakah kita akan turun ‘kasta’? Kita mungkin tidak memberi label kepadanya tetapi inilah yang sedang berlaku.

See also
The Heritage Duck Beri sentuhan Legasi Warisan Lebaran Ini!