GLAM Januari 2018 - Sangeeta Krishnasamy

GLAM JANUARI 2018

Masa depan. Tiada siapa dapat menjangka apa yang ada di hadapan.

 

Dahulu, kita masih boleh membuat andaian dan ramalan mengenai trend. Namun kini dengan arus perubahan era digital yang bergerak terlalu pantas, segala-gala berputar cepat dengan hidangan terlalu banyak informasi di hujung jari. You’ll just never know what’s going to be hot and what’s not.

 

Contohnya setengah dekad lalu, siapa sangka trend fesyen bersifat genderless boleh menjadi popular dan tidak lagi dianggap tabu? Kini ia bukan lagi sesuatu yang pelik dan kita tidak lagi berasa janggal melihat lelaki membeli-belah di department wanita and vice versa.

 

Beberapa tahun lalu, siapa pun tidak dapat meneka yang masyarakat tidak lagi mengagumi selebriti seperti aktor atau penghibur kerana arus digital telah memberi limelight luar biasa kepada selebriti media sosial atau influencer. Anda tidak perlu bakat atau kepandaian tertentu, cuma perlu sedikit rupa dan keyakinan diri.

See also
GLAM NOVEMBER 2016

Betullah kata Andy Warhol, “In the future, everyone will be world-famous for 15 minutes.” But as we speak, sebenarnya ramai juga yang sudah letih dengan bintang-bintang ‘lima belas minit’ ini.

 

Apa kata kita berhenti buat seketika dan ambil nafas. Mari kita kembali belajar menghargai keindahan, kemewahan, belajar menghargai bakat sebenar. Sebagai pembuka tahun, GLAM memaparkan Pelakon Wanita Terbaik, Sangeeta Krishnasamy. Yes, real actor, real talent. Sewaktu di studio untuk penggambaran muka depan, Sangeeta hadir bersahaja serba polos tanpa solekan. Tetapi auranya kuat dan keyakinannya terpapar jelas pada setiap shot yang diambil. She’s so beautifully captivating and inspiring tatkala mula bercerita mengenai perjalanan kerjaya seninya yang bergantung sepenuhnya kepada bakat.

 

Lagi di halaman dalam, bakat-bakat seni dan fesyen bergabung di dalam bual bicara eksklusif diantara couturier extraordinaire, Datuk Rizalman Ibrahim bersama penyanyi terkemuka merangkap muse fesyen, Dayang Nurfaizah; selain jurusolek masyhur, Khir Khalid bersama pengasas Marcella & Co yang sungguh jelita, Sarah Bella Shahdan. Secara ringkasnya, hanya bakat sebenar sahaja yang mampu menggerakkan industri. Dunia digital membuatkan kita alpa dengan what is real and what is not. Sudah sampai masanya untuk kita kembali menghargai apa yang selama ini mungkin kita terlepas pandang. And that is real talents.

 

See also
GLAM SEPTEMBER 2018