Tranformasi Dramatik Cara Delevingne Dengan Rambutnya
Cara Delevingne merupakan salah seorang model yang tidak gentar untuk mencuba benda yang baru. Dari segi kariernya yang bermula sebagai peragawati, pelakon hinggalah penulis. Begitu juga dengan fesyen dan kecantikannya. Dikenali dengan rambut perang platinumnya dan kening tebal, Delevingne membuat perubahan yang besar apabila dia memotong rambutnya yang ikal untuk gaya yang lebih segar dan rapi yakni potong bob kemudian dicukur habis sebelum berubah kepada pixie cut.

Foto Phil Lewis/WENN.com
Baru-baru ini Delevingne telah tampil dengan rona warna yang baru untuk rambutnya sewaktu menghadiri acara tandatangan novel sulungnya Mirror, Mirror.
Potongan rambut sebegini bukanlah satu masalah buat model tersebut untuk berseronok dengan gaya ini kerana walaupun terbatas dari segi gaya, dia masih lagi mampu bermain dengan pelbagai rona warna rambut untuk keep things fun. Dari metallic silver ke platinum blonde seinggalah kini rona warna yang lebih toned down sempena musim luruh yang menjelang tidak lama sahaja lagi.
Ayuh lihat tranformasi rambut Delevingne sepanjang dia bereksperimen setakat ini!
Pilihan Bacaan Seterusnya
Filem Zendaya Wajib Tonton Minggu Ini!
May 14, 2026
Tod’s Vacanze Italiane Cipta Memori Musim Panas
May 14, 2026
Longchamp Perbaharui Koleksi Le Pliage Dalam Gaya Monokrom
May 13, 2026
Tarung: Unforgiven Bariskan Pelakon Lelaki Berbakat
May 13, 2026
Jam HydroConquest Edisi Terhad Buat Sukan Komanwel 2026
May 13, 2026
Fromage Jadi Destinasi Keju Artisan Pertama KL
May 13, 2026
Ini Cara Re-apply Sunscreen Tanpa Kacau Solekan
May 12, 2026

