Solekan Untuk Kulit Kering, Guna Tip Ini Untuk Wajah Lebih Mulus

Tip Solekan Untuk Kulit Kering Agar Wajah Lebih Mulus

Anda memiliki kulit wajah yang kering dan mengelupas? Kini masalah kulit wajah kering dan mengelupas bukan lagi masalah utama dengan formula solekan dari pakar terkemuka. GLAM senaraikan beberapa tips solekan untuk kulit kering.

Sebelum itu, pernahkah anda tertanya-tanya mengapa kulit menjadi kering? Mereka yang memiliki kulit kering biasanya kulit mereka akan lebih mengelupas dan tidak sekata. Ini kerana individu berkulit kering menghasilkan kurang sebum (minyak semula jadi) berbanding jenis kulit lain. Tanpa sebum ini, penampilan akan nampak lebih kusam dan kurang berseri.

Oleh sebab jenis kulit kering ini menghasilkan kurang minyak, kulit ini tidak mempunyai kelembapan dan perlindungan yang sewajarnya daripada persekitaran. Malah, lapisan pelindungan kulit untuk kulit kering juga lebih mudah terdedah kepada iritasi dan pencemaran luar.

Tips Solekan Untuk Kulit Kering

Jadi jika anda mahukan solekan yang lebih sempurna tanpa cela lagi-lagi sekiranya anda memiliki kulit kering, ada beberapa perkara penting yang anda perlu pertimbangkan. Antaranya termasuk:

See also
Trend Kaca Mata Vintaj 70an Kembali!

1. Lakukan pengelupasan kulit

solekan untuk kulit kering

Foto: Freepik

Apabila solekan diaplikasikan ke wajah, kulit yang mengelupas akan lebih jelas kelihatan. Skrub bahagian yang kering dengan menggunakan kain pembersih setiap hari atau pupur wajah yang boleh membuang lapisan kulit mati tanpa efek kulit mengelupas.

Untuk kesan lebih optimum, buang lapisan kulit mati dengan berus pembersih sonic.

2. Tambah hidrasi kulit

Tambah hidrasi kulit, solekan anda pasti lebih bersinar. Gunakan serum atau minyak yang akan meresap secara konsisten ke dalam kulit yang dapat mengimbangi kelembapan kulit. Pelembap yang bagus akan memberikan asas yang lebih smooth sebelum anda mengenakan solekan.

GLAM Cantik cadangkan untuk anda menggunakan produk yang mengandungi asid hialuronik dan ceramide kerana dua bahan aktif ini membantu melembapkan kulit dari dalam sambil memastikan kulit lebih cerah dan anjal.

3. Guna bedak asas khusus untuk kulit kering

Bedak asas kalis air dan yang mengawal minyak boleh menyedut kelembapan kulit. Cari bedak asas yang dapat menghidrasi kulit anda dan memudarkan efek kulit mengelupas. Ingat, kulit kering juga mudah untuk iritasi malah ada sesetengah formulasi boleh membuatkan kulit jadi rengsa. 

See also
Penjagaan Tanaman Dalam Pasu

Oleh itu, apabila mencari bedas asas pastikan ia mengandungi bahan yang melembapkan kulit. Anda juga boleh mix bedak asas bersama produk kecantikan seperti serum bagi memastikan lembapan tahan lebih lama tanpa solekan tampak bercapuk.

4. Jangan lupa concealer!

Foto: Freepik

Pakar berpendapat formula bagi concealer tidak sepatutnya terlalu pekat kerana ianya akan memperlihatkan kulit kering. Jadi pilih concealer cecair dengan refleksi ringan.

Rahsia untuk mendapatkan solekan ala airbrushed sebenarnya terletak pada teknik pemakaian solekan anda. GLAM saran untuk menggunakan jari manis semasa memakai concealer. Jari manis mencalit penyamar noda paling sedikit, jadi anda boleh mula membina coverage secara perlahan.

Gunakan jari manis anda juga untuk menepuk penyamar noda di bawah mata. Elakkan menggunakan jari telunjuk kerana ia akan mengambil terlalu banyak produk, dan ia terlalu agresif di sekitar kawasan mata yang sensitif.

5. Elak menggunakan jari

Jari anda akan menyerap pelembap yang disapukan pada wajah! Sukar mendapat kemasan akhir yang rata dan lembut jika anda menggunakan jari untuk menyapu pelembap ke atas kulit yang sangat kering.

See also
Rahsia Kecantikan Yasmin Hani

Gunakan berus sintetik dan kemudian gunakan span Beauty Blender untuk menekan solekan ke wajah agar lebih sempurna.

6. Jauhi produk berasaskan serbuk

Bedak asas berasaskan serbuk, kompak, dan juga pemerah pipi akan menyerap lembapan kulit dan menjadikan kulit lebih kering. GLAM menyarankan anda mencari pemerah pipi yang boleh disapu ke atas solekan tanpa kelihatan berminyak dan kotor. Gunakan span untuk pemerah pipi.

7. Kuasa glow

Gunakan pelembab yang lebih gelap dari tona kulit anda. Diikuti dengan krim pemerah pipi berwarna terang untuk menyerlahkan mata dan membuatkan wajah kelihatan kemerah-merahan.

Atau gunakan bronzer berasaskan krim yang tidak bertekstur matte, kerana ia akan menampilkan kulit kering.

Teks Nur Sofea

Foto Getty Images

Artikel berkaitan: 5 Toner Untuk Kulit Kering Terbaik Agar Kulit Lebih Berseri