Selamatkan Wajah Dengan Pilihan Clay Mask Terbaik 2022! - Glam Malaysia

Selamatkan Wajah Dengan Pilihan Clay Mask Terbaik 2022!

1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Selamat tinggal kulit breakout! GLAM hadir dengan pilihan Clay Mask terbaik 2022. Dari segi tekstur hinggalah ramuannya terus menjadi kegemaran generasi Z.

Sesi merawat wajah secara bersendirian merupakan ritual wajib yang sering dilaksanakan oleh setiap wanita agar kulit lebih mulus dan cerah. Dan salah satu perawatan yang tak pernah ketinggalan yakni masker wajah dan clay mask menjadi salah satu jenis masker wajah yang digemari oleh para wanita di seluruh dunia. Ada yang diperbuat dari mineral seperti magnesium, kalsium, bersi, silika, dan potasium. Clay mask sendiri memiliki fungsi untuk mengangkat minyak yang berlebih dan mengatasi masalah kulit breakout terutama jerawat. GLAM hadir dengan seleksi terbaik tahun ini :

Artikel berkaitan “Saya Obses Dengan Pupur, Itu Yang Saya Pakai Setiap Pagi,” Kavita Sidhu

TATCHA THE CLARIFYING CLAY MASK

Biarkan kulit menikmati kuasa Okinawa Kucha Clay, Japanese Konjac dan Japanese Volcanic Ash yang meningkatkan tekstur kulit, kejernihan dan pengecilan pori selepas 1 penggunaan.

See also
Anzalna Berkongsi Rahsia Kejelitaan Pagi Sampai Malam

Sudah tiba masanya untuk manjakan wajah,minda dan deria bersama Tatcha The Clarifying Clay Mask. Dengan teksturnya luar biasa yakni punya ciri-ciri penjernihan dan kesan pemanasan, magic-in-a-jar ini menyerap sebum berlebihan, mengelupas dan menghangatkan kulit dengan lembut untuk mengeluarkan kotoran yang memberikan kulit yang lebih cerah dan licin hanya dalam masa tiga minit selepas satu penggunaan!

Diinspirasikan oleh rahsia kecantikan Jepun, Tatcha The Clarifying Clay Mask dirumus dengan 3 bahan utama yang diperolehi dari Pulau Okinawa yang menakjubkan. Ramuan berkuasa ini benar-benar memberikan hasil yang ajaib, kerana 100% menunjukkan peningkatan dalam kulit, kejernihan dan tekstur sambil mengurangkan pengeluaran sebum yang berlebihan. Alami peningkatan dalam kelicinan, kelembutan dan kelembutan yang mendedahkan kulit yang lebih jelas dan cerah.