Sejenak Bersama Guru Kecantikan, Ummi Nasir - Glam Malaysia
Ummi Nasir

Sejenak Bersama Guru Kecantikan, Ummi Nasir

GLAM menemu bual Ummi Nasir, pempengaruh digital serta guru kecantikan masa kini yang sering menjadi inspirasi kepada ramai wanita di luar sana. 

Ummi Nasir, nama yang tidak asing di kalangan jurusolek tempatan. Dia yang sebelum ini menyambung pelajarannya di dalam bidang kejuruteraan di Jepun, membuat keputusan untuk menukar bidang kerjayanya dalam dunia kecantikan. Jika dilihat di laman Instagram miliknya, Ummi kelihatan sangat aktif mencipta kandungan kecantikan buat para pengikut dia. Ummi Nasir pada kami adalah antara pempengaruh digital yang banyak menyumbang inspirasi kepada orang ramai.

1- Bagaimana anda mula meminati bidang kecantikan seterusnya menjadikan ia sebagai kerjaya?

Saya mula meminati bidang kecantikan sewaktu melanjut pelajaran di Jepun untuk kursus ijazah kejuruteraan. Di sana, saya sering melihat rakan-rakan sekelas asyik bersolek setiap hari ke kelas. Lalu diri mula timbul rasa ingin bersolek dan tampil cantik seperti mereka. Kalau anda hendak tahu, rata-rata wanita Jepun memang gemar ‘bersiap’ malah cukup bergaya. Itu yang membuatkan saya ingin mengenali lebih mendalam lagi tentang dunia kecantikan.

See also
Rutin Cantik Ringkas Rahsia Bella Dally Kekal Menawan

2- Apakah yang anda rasakan bakal menjadi trend hangat untuk solekan buat tahun 2023 ini? 

Solekan mata rona ungu akan menjadi trend 2023. Saya dapati begitu banyak koleksi yang dilancar jenama-jenama hebat pada hujung tahun ini memiliki selitan rona ungu di dalam palet pembayang mata mereka!

3- Antara item cantik yang tidak boleh anda tinggal tatkala keluar rumah?

Gincu bibir! Saya pasti menyimpan tiga hingga empat di dalam tas tangan saya. Senang sekali untuk touch up setiap kali selepas makan!

Sejenak Bersama Guru Kecantikan Ummi Nasir

4- Apakah nasihat kecantikan terbaik pernah anda terima?

Take care of your skin first. Saya setuju dengan pendapat itu. Solekan hanyalah untuk kita enchance kecantikan semula jadi, namun kesihatan kulit wajah adalah yang utama. Dengan kulit yang sihat, anda tidak perlukan solekan yang tebal semata untuk tampak segar dan cantik.

5– Anda punya rutin ke spa? Apakah rawatan spa yang menjadi kegemaran anda?

Tentu sekali! Saya sangat perlukan terutama di kala umur saya sekarang. Rawatan spa yang sering saya lakukan adalah Silk Peel. Ia membantu untuk menyah lapisan kulit mati di samping memberikan hidratan serta-merta pada wajah saya.

See also
Yang Ekstrem Dan Beretika

6– Tip anda untuk kekal aktif dan bertenaga sepanjang hari?

Tidur awal dan bangun awal. Jadikan ia sebagai rutin dan harus cukup tidur tujuh hingga lapan jam sehari. Jangan lupa untuk workout di pagi hari, good for your stamina for the whole day. Juga, take a power nap, dan jangan lupa pengambilan supplements.

Sejenak Bersama Guru Kecantikan Ummi Nasir

Gambar: Instagram @makeupbyumminasir

Pautan Berkaitan: Sejenak Bersama Wan Nur Syaira Omar