Rahsia Kecantikan Son Ye Jin Pada Usia 40 Tahun - Page 5 of 6 - Glam Malaysia
Berita Kehamilan Son Ye Jin Mengundang Perhatian Peminat

Rahsia Kecantikan Son Ye Jin Pada Usia 40 Tahun

5 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

4. Kepentingan Mencuci Wajah

Satu lagi keperluan yang dipelajarinya tentang kulit berminyak adalah kepentingan mencuci wajah. “Saya pernah terbaca amalan mencuci wajah dengan pembersih pada waktu pagi tidak bagus, jadi saya hanya mencucinya dengan air. Tetapi selepas mengetahui kulit saya jenis berminyak, saya menggunakan pembersih setiap pagi dan malam walau sesibuk mana pun,” katanya kepada majalah Female pada 2017. Penerima Anugerah Baeksang itu menggunakan tuala wap untuk membuka pori diikuti dengan pembersih pengelupas. Dia kemudian membilas wajah dengan air lemon untuk menutup liang pori.