5 Produk Pelembap Muka Terkini Sempena Bulan Puasa - Glam Malaysia
5 Produk Pelembap Muka Terkini Sempena Bulan Puasa

5 Produk Pelembap Muka Terkini Sempena Bulan Puasa

Apabila menjelang bulan puasa, masalah kulit kering sering terjadi buat sesetengah orang. Hal ini kerana, dek kekurangan air dalam tubuh badan yang menyebabkan terhidrasi. Membuatkan kulit muka terasa kering, menggelupas dan kelihatan kusam. Namun usah risau, GLAM ingin berkongsikan lima produk pelembap muka terkini buat mereka yang mengalami masalah ini.

Tidak kira wanita mahupun lelaki, masalah kulit kering menjadi kebiasaan terutamanya di bulan Ramadan. Syarat puasa yang tidak membolehkan makan dan minum di siang hari, membuatkan ramai mengalami masalah ini terutama di bahagian kulit muka. Tambahan lagi, masalah kulit kering membuatkan ramai yang akan berasa tidak selesa atas rasa kekeringan di muka dan sukar buat mereka untuk menjalankan kehidupan seharian. Penggunaan produk pelembap muka sangat lah membantu dalam mengatasi hal ini. Oleh itu, GLAM cantik himpunkan produk pelembap muka terkini yang berada di pasaran mudah untuk anda miliki!

Ini 5 Produk Pelembap Muka Terkini Yang Mampu Merawat Masalah Kulit Kering

1. Sephora Soothing Moisturizer

Foto: Sephora

Sephora Soothing Moisturizer merupakan produk pelembap muka terbaru untuk anda cuba. Mengandungi kandungan seperti asid hialuronik dan centella asiatica, dua gabungan bahan ini mampu menenang sambil melembapkan kulit muka yang kering. Centella asiatica juga terkenal dengan cirinya yang boleh mengurangkan kemerahan-merahan pada kulit muka. Warna pigmen hijau berkrim sebagai bahan aktif tambahan, serta-,erta membantu meneutralkan kemerahan pada kulit. Oleh itu, produk ini sangat sesuai buat mereka yang ingin merawat masalah kulit kering dan kemerahan pada pada kulit muka.

See also
Gaya Baharu Emily Ratajkowski, Yay Atau Nay?

2. Even Better Clinical Brightening Moisturizer

Foto: Sephora

Pelembap muka bertekstur ringan CL302 Brightening Complex™ ini membantu untuk melembapkan dan menambah baik pelbagai dimensi perubahan warna untuk kulit yang kelihatan lebih cerah. Pelembap eksklusif ini mampu merawat kulit kusam dan kemerahan yang disebabkan oleh kerengsaan. Selain itu, ia mampu mengkontraskan bintik-bintik gelap pada wajah. Turut mengandungi bahan pengikat seperti asid hyaluronik dan asid salisilik, memberi penghidratan yang ideal dan membuat kulit terasa lebih segar dan kelihatan sekata.

3. Bio-Active Ceramide Repairing And Plumping Moisturizer

Foto: Sephora

Jenama penjagaan kulit THE INKEY LIST telah melancarkan produk pelembap muka terbaru iaitu Bio-Active Ceramide Repairing And Plumping Moisturizer. Apa yang seronoknya tentang pelembap muka baharu ini? Produk ini semestinya merawat masalah kulit kering dengan memberi kesan segera dalam penghidratan selama 24 jam dan menguatkan skin barrier. Pelembap bertekstur baldu ini juga hebat dalam melindungi tanda-tanda penuaan. Dikuasakan oleh bahan Bio-Active Ceramides untuk mengurangkan kedutan sehingga empat kali lebih halus. Kesannya, menjadikan kulit lebih licin, menegang dan dapat mengatasi masalah kulit kering.

See also
7 Pilihan Iftar Paling Enak Ramadan Ini

4. The Moisturizing Fresh Cream

Foto: Sephora

The Moisturizing Fresh Cream daripada produk penjagaan kulit terkenal La Mer adalah pelembap kulit muka yang sesuai buat sesiapa yang mempunyai jenis combination skin. Terkandung bahan seperti asid hyaluronik, anti-oksidan, kolagen, Miracle Broth dan banyak lagi, ianya dapat merawat masalah kulit kering sekali gus mengimbangi minyak berlebihan. Kulit pasti terasa segar, tegang dan kelihatan muda dengan The Moisturizing Fresh Cream daripada La Mer.

5. Daily Habits Silky Moisturizer

Foto: Sephora

Pelembap bertekstur seperti jeli berat ultra ringan ini memberikan manfaat antioksidan untuk melembap, mencerah dan menenangkan kulit sensitif atau yang mudah berjerawat. Bahan-bahan yang terkandung mempunyai manfaat tersendiri. Contohnya, ekstrak botani seperti lemon balm untuk menenangkan kulit, liquorice untuk mencerahkan, kunyit dan jojoba pula untuk melembapkan. Gabungan ekstrak botani ringan yang menenangkan ini memberi hasil kulit yang berasa licin dan lembut. Pelembap muka yang dapat merawat masalah kulit kering secara mendalam tanpa menyumbat pori-pori. Oleh itu, ianya sangat sesuai digunakan untuk penggunaan harian!

See also
Kempen ‘Better Hair Club’ Inisiatif Terbaru Sephora Asia Tenggara

Artikel Berkaitan: 3 Pelembap Bibir Ini Berguna Di Bulan Ramadan