Olfaktori Musim Bunga Jo Malone - Glam Malaysia

Olfaktori Musim Bunga Jo Malone

Bermimpi di siang hari, menikmati tiupan angin di persisiran pantai eksotik bersama koleksi Blossoms terbaru dari Jo Malone London istimewa buat musim bunga 2021.

Terkenal dengan estetika botol kaca yang kelihatan kemas dan penuh gaya, Jo Malone London kini tampil dengan kelainan buat penggemar wangian yang segar; serta penuh kecerian. Sejak tahun 1994, Jo Malone London telah menciptakan sebuah palet aroma yang sangat sederhana, elegan dan memenuhi cita rasa dengan penuh perasaan buat sesetengah pengguna. Diperolehi oleh kumpulan The Estée Lauder Companies Inc. pada tahun 1999, dan kini jenama ini lebih terkenal di peringkat antarabangsa kerana harumannya yang tidak dijangka dan dipenuhi pula dengan karakter British. Tampil lebih ceria dan bercahaya di musim bunga ini!

Daydream in colour with Jo Malone London, sebagai tema untuk menghayati lamunan dan perasaan penuh warna dan olfaktori buat musim bunga. Menerbangkan minda ibarat berjemur di bawah sinar matahari musim bunga di pantai eksotik, diterbangkan oleh gelombang aroma yang menggembirakan, serta tiupan kelopak bunga yang lembut. Koleksi Blossoms yang berwarna-warni ini, tersedia dalam reka bentuk botol baru – meraikan keindahan bunga raya (Hibiscus). Seperti bunga hibiscus kuning, ia memberikan karakter yang ringan berseri dan berair. Manakala bunga hibiscus merah pula, ia lebih menyerlah ketika dipukul oleh sinaran matahari yang terang. Terdapat beberapa lagi wangian terbaru, seperti kekuatan Blossom Cologne Intense. Juga terbaru, mengembalikan semula kerharmonian bunga frangipani, yang berseri dan Nashi Blossom – bersifat lebih riang dan playful. Aroma khas Jo Malone London dari Nectarine Blossom dan Madu, diperkenalkan dalam bentuk semburan buat badan (Body Mist) edisi terhad. Ia dicipta dengan campuran bahan yang menyenangkan dan gliserin asal semula jadi, menjadikan setiap semburan pada kulit badan sangat selesa untuk dihidu dan lebih uplifting. Selain itu, Diffuser edisi khas dalam Silk Blossom yang menggoda pula, melengkapkan koleksi untuk mewujudkan suasana gembira di mana-mana bilik.

See also
Haruman Bangsawan, Penhaligon's Akhirnya Tiba Di Kuala Lumpur

Artikel berkaitan 8 Tips Untuk Minyak Wangi Bertahan Lebih Lama!