Minyak Wangi Pencetus Ghairah - Glam Malaysia

Minyak Wangi Pencetus Ghairah

Bau seseorang itu adalah terjemahan kepada 1001 perkataan juga impression kita terhadap seseorang. Mereka yang berbau harum memberikan satu gambaran tentang cara seseorang menjaga diri. Bau haruman juga adakalanya ditafsirkan sebagai gambaran kepada personaliti.  

Sejak dulu lagi industri haruman antara penumbang kepada pendapatan besar dalam dunia kecantikan global. Tidak kira jenama kecantikan mahupun fesyen, rata-ratanya mahu melahirkan haruman mereka sendiri. Malah selebriti turut mahu mengaut keuntungan dalam industri ini. Mengapa? Haruman itu sudah dianggap satu asas penjagaan diri. Haruman itu berkuasa, gambaran kepada keperibadian, mencetus harapan, mimpi juga perasaan dalam diri. 

Haruman itu bisa merubah perasaan, membuat kita berasa gembira, positif juga menjadi pelonjak keyakinan diri. Haruman juga boleh mengingatkan kita pada tempat, waktu, pengalaman dan juga seseorang. Ada orang berasa lebih seksi bila menyembur haruman, ada pula mudah terangsang dengan aroma bau pasangan. Bagi sesetengah lelaki dan perempuan, bau haruman itu boleh membuat mereka breasa ghairah, syahwatnya bergelora. Itulah haruman, ada macam-macam kuasanya.

See also
Bvlgari Perkenalkan Magnifying, Sebuah Pengalaman Baharu Dalam Memakai Haruman

Di saat ini, pabila menonton siri di Netflix, jika ada adegan di lokasi yang pernah saya kunjungi, saya cuba teringat-ingatkan bagaimana baunya. Dengan situasi dan keadaan sekarang yang menyekat kita berpergian, deria bau ini seolah-olah punya kuasa yang bisa membawa kita ke masa lalu.

Tapi usahlah menyembur haruman terlalu banyak, ia membuat orang sekeliling berasa tidak tenang. Jika ada yang tidak tahu, di Jepun, orang yang emakai haruman terlalu kuat dianggap tidak manis kerana ia menganggu deria orang lain. Sebab itulah haruman yang Kuat baunya tidak laris di sana. Haruman seharusnya menjadi hint sahaja siapa diri anda, ia bagaikan cebisan sahaja personaliti anda, yang membuat orang tertanya-tanya. 

Artikel Berkaitan: Marion Cotillard Bintang Baharu Haruman Ikonik Chanel No. 5

Dari Kiri; Boss The Scent For Her, dan Boss The Scent for Him

Haruman Minggu Ini

Hugo Boss mencetus aroma sepasang, buat jiwa nan romantis menerusi siri minyak wanginya, Boss The Scent dengan melancarkan edisi Pure Accord. Haruman duo ini menggabungkan nota-nota segar namun masih dalam cara bersahaja. 

See also
Yang Anda Tidak Tahu Mengenai Sulwhasoo First Care Activating Serum EX

Boss The Scent untuk lelaki dimewahkan dengan aroma halia, buah Maninka dan suede putih yang membuat baunya tidak terlalu menonjol. Dan untuk wanita pula haruman ini diperindahkan dengan bau bergamot, bunga osmanthus dan sedikit cetusan musk untuk melembutkannya. BOSS The Scent Pure Accord For Him EDT RM285 (50ml) dan RM379 (100ml) manakala BOSS The Scent Pure Accord For Her EDT RM295 (50ml) dan RM405 9100ml).

Artikel Berkaitan: Gabrielle Chanel Essence, Haruman Klasik Era Baru