Masih Mencari Bedak Asas Serasi? Ini 6 Foundation Terbaik Sepanjang Tahun Ini - Glam Malaysia

Masih Mencari Bedak Asas Serasi? Ini 6 Foundation Terbaik Sepanjang Tahun Ini

Solekan yang cantik bermula dengan asas yang bagus, tapi itulah mencari bedak asas atau foundation yang serasi bukan senang. Saya perasan ramai yang kecundang dalam pencarian bedak asas sepadan ton kulit. Adakalanya kelabu, ada pula yang terlalu gelap, ada pula yang baru dioles tiga empat jam sudah berminyak-minyak. Selain soal warna atau ton, kita juga perlu mencari bedak asas yang sesuai dengan tekstur kulit juga sepadan dengan cuaca negara kita. Berpandukan kepada kondisi suhu kita yang panas lembap, pilih yang mempunyai formula Bedak agar bedak asas tahan lebih lama. Atau mahu lebih mudah kemaskan solekan dengans edikit sapuan bedak selepas sapuan bedak asas. 

Chanel Les Beiges Healthy Glow Foundation- Teksturnya ringan tapi itu tidak bermakna ia tidak mampu menyamar cela. Ia jenis buildable iaitu anda boleh titiskan lebih jika mahu litupan yang lebih tebal. Ia mencipta efek glowing pada kulit, ala dikucup mentari. Ia juga bertahan 12 jam. 

Giorgio Armani Luminous Silk Foundation- Secara peribadi ini bedak asas kesukaan saya. Malah jika ada acara inilah yang saya sapukan pada wajah. Teksturnya ringan dan tidak nampak tebal. Rasanya seakan memakai krim pelembap sahaja. Saya pernah terbaca, Kim Kardashian adalah salah seorang peminat setia bedak asas ini. 

See also
Lelaki Juga Bersolek?

Klik Untuk Mengetahui Pengganti Terbaik Foundation

Dior Forever Foundation – Ini bedak asas ikonik era baru bagi Dior. Peter Philips mencipta Bedak asas dengan formula yang tahan lama, membuatkan kanvas kulit kelihatan sempurna. Pemakaiannya setiap hari juga mencurah manfaat pada kulit kerana ia mengandungi formula yang baik untuk kulit, sama seperti produk penjagaan kulit. 

NARS Sheer Glow- Untuk solekan setiap hari, saya cadangkan yang ini. Bedak asas ini antara yang disukai ramai, teksturnya ringan dan ia mencipta efek dewy. Walaupun litupannya sederhana tapi ia pilihan tepat untuk dicalit pada wajah saban hari. 

Bobbi Brown Skin Long-Wear Weightless Foundation SPF 15- Jika anda mencari bedak asas yang mampan, yang punya coverage yang bagus, ini jawapannya. Kemasannya pusam jadi ia tahan lama. Jika menggunakan bedak asas ini anda boleh tbebas bermain highlighter pada tulang pipi, batang hidung dan seidkit pada dagu untuk mencipta solekan yang berdimensi. Walaupun ia matte tapi tak bermakna ia mengeringkan kulit.

See also
Terokai Koleksi Solekan CHANEL Holiday 2024

Shiseido Synchro Skin Self Refreshing Foundation- Ini lagi satu bedak asas yang membuat kulit nampak segar dan lebih natural. Ia saya anggap sebagai bedak asas pintar kerana ia boleh menyuaikan diri dengan keadaan kulit. Misalnya, jika kulit anda kering, ia punya teknologi yang akan bertindak balas kepada keperluan kulit. Antara peminat bedak asas ini ialah jurusolek Fendi Sani dan Emmy Agung.

Baca: Tiga Bedak Asas Yang Disarankan Pakar Solekan