Legasi Artistik Frank Gehry Disebalik Aroma Mewah Les Extraits - Page 3 of 3 - Glam Malaysia

Legasi Artistik Frank Gehry Disebalik Aroma Mewah Les Extraits

3 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Ikuti temubual secara eksklusif GLAM bersama Jacques Cavallier Belletrud untuk koleksi istimewa Les Extraits :

 

Jacques Cavallier Belletrud

Jacques Cavallier Belletrud

 

Idea mengenai wangian tanpa nota asas, atas dan tengah cukup menarik. Apakah kisah disebaliknya ?

Ianya satu revolusi seni dalam mencetus semangan kebebasan. Berbeza dan cukup istimewa. Setiap lima jenis wangian menerusi Les Extraits ini menggapai misi berbeza. Setiap pilihan ramuan semula jadi dipilih mengikut emosi dan spesifik penggunaannya. Setiap aroma bunga menepati citarasa mewah wanita yang gemarkan kebebasan. Pilihan ramuan dari beberapa buah negara menguatkan lagi koleksi ini cukup istimewa, tiada tolok bandingannya.

Apakah pengajaran terbaik yang anda mengenai setiap nota wangian Les Extraits?

Pengajaran terbaik melalui koleksi ini, yang boleh saya ungkapkan adalah bagaimana anda meluangkan masa dalam memilih wangian peribadi. Kerana setiap aroma seperti mengembalikan memori di zaman kanak-kanak. Perkara pertama ditekankan adalah memilih aroma yang tepat dengan personaliti dan mood anda.  It’s something very personable. Setiap wanita sangat teruja dengan pemilihan wangiannya, kerana melalui aroma datangnya pengalaman mengujakan. Setiap perkara yang cantik, maka cantiklah bahasa wangian.

See also
Alami Gigi Putih Berseri Dengan Colgate Optic White FlexLight LED Kit

Bagaimanakah koleksi menarik minat pengguna terutama selepas musim pandemik, di mana mereka mungkin berhati-hati dalam perihal perbelanjaan?

Musim pandemik terutama selepas berlakunya lockdown, mungkin cara minat pengguna agak berbeza. Koleksi Les Extraits ini sangat istimewa dari segi aroma dan rekabentuk botol wangian, oleh itu ia satu pengalaman bermakna selepas musim pandemik. Seperti reconnect with yourself by choosing the right parfume. Pengalaman yang dikecapi ini bagi saya cukup istimewa dan eksklusif kerana anda memiliki botol wangian terbaik dari segala aspek. Tidak salah berbelanja untuk satu arca seni luar biasa ini kerana kehadirannya pelengkap kehidupan baharu anda.

 

Artikel berkaitan Meraikan 14 Februari Dengan Sebotol Haruman Baharu Louis Vuitton