Kesan Selepas Basuh Tangan
Apabila penularan wabak pandemik COVID-19, ramai di antara anda mengambil langkah berjaga-jaga lebih intensif. Kempen “Wash your Hands” dititikberatkan di seluruh dunia kerana ia membantu anda tidak terbias dengan virus berbahaya ini. Hanya membasuh tangan dengan air dan sabun selama 20 saat secara kerap adalah langkah paling mudah untuk diikuti. Namun, adakah anda sedar kulit pada tangan semakin kering dan mula mengelupas, kedut dan tidak lembap. Jangan pandang remeh! Kulit tangan kering juga tanda penuaan kulit mula berlaku dan jika tiada kesedaran awal.
Kekerapan mencuci tangan dalam satu hari ini, mengurangkan sebum pada kulit dan ini menyumbang kepada masalah kulit ekzema, tidak sekata, dan terlalu kering. Sama ada anda tukar sabun mengikut kesesuaian kulit atau ikuti langkah penjagaan kulit tangan. GLAM membariskan tip dan produk terbaik untuk rutin “Wash your Hands.”
Gambar oleh Kens Apothecary
Tukar sabun tangan
Jangan hanya kerana aroma sabun wangi, anda terus terpikat! Baca terlebih dahulu ramuan dan kelebihannya untuk kulit anda. Menurut pakar, seeloknya sabun tangan bebas wangian lebih selamat digunakan bagi orang yang mengalami masalak ekzema. Tetapi jika, ramuan dalam sesuatu produk itu membantu melindungi kulit anda, tidak salah memilih punya aroma janji kulit kekal sihat.
Gambar oleh Grown Alchemist, Kens Apothecary, RM120
Grown Alchemist Hand Wash Sweet Orange, Cedarwood & Sage ini kaya dengan gabungan minyak kelapa yang aktif dan Cold Pressed Sweet Orange Oil yang membantu pengoksidaan kulit lebih lembut.
Gambar oleh Diptyque, Kens Apothecary, RM199
Diptyque Softening Hand Wash kaya dengan aroma Organik bunga Lavender dan Rosemary membantu kulit lebih anjal dan kembali sihat.
Pilih krim tangan yang ada kandungan Emolien
Emolien bertindak sebagai melindungi kulit, melembap, melembut dan melancarkan struktur sebum kulit tangan menjadi lebih sihat. Salah satu krim tangan yang mengandungi Shea Butter sebagai emolien adalah Shea Butter Hand Cream daripada L’Occitane. Krim bertekstur mewah dan mudah meresap ini melindungi kulit secara menyeluruh. Cara pengunaannya mudah sahaja, hanya urut secara perlahan pada telapak tangan,celah kuku, cuticles dan belakang tangan hingga ia betul-betul meresap.
Gambar oleh L’Occitane Malaysia, RM118.00
Krim tangan Shea Butter daripada L’Occitane ini berupaya melindungi kulit kering. Ramuan rahsia di sebalik Almond, Honey dan Coconut Oil ini membuatkan ia high on demand!
Jangan lupa hand mask
Jika anda pupur wajah untuk kekalkan lembapan, tangan juga memerlukan treatment yang sama. Pilih krim tangan yang mewah dengan tekstur dan sarung tangan jenis lateks atau tidak. Biarkan dalam masa setengah jam dan jangan lupa urut untuk melancarkan peredaran darah.
Gambar oleh Sephora Malaysia, RM19.00
Hanya dengan 15 minit, pupur tangan dengan sarung tangan instant. Ramuan Aloe Vera dan minyak Macadamia membantu membuang kotoran pada kulit dan melembapkan kulit.
Antara selebriti terkenal aktif dalam membuat kempen kesedaran “Wash Your Hands” di platform Instagram masing-masing.
Instagram oleh @Selenagomez
https://www.instagram.com/p/B-T6nS_HChP/?utm_source=ig_web_copy_link
Instagram oleh @neelofa
Instagram oleh @priyankachopra