GLAM Expose: In Fashion & In Debt: Dibebani Hutang Kerana Status & Jenama - Glam Malaysia

GLAM Expose: In Fashion & In Debt: Dibebani Hutang Kerana Status & Jenama

Pejam celik, pejam celik sedarkah kita yang sudah memasuki bulan keempat tahun 2020 ? Saya pinjam kata-kata daripada Imam Syafie, “Yang paling jauh bukannya bintang, bukannya juga mentari dan bukannya rembulan. Tetapi adalah masa yang berlalu dan tidak akan kembali.” Betapa ruginya diri, jika tidak menggunakan nikmat masa sehari 24 jam, tujuh hari seminggu, 30 hari sebulan dan 365 hari setahun untuk berusaha sebaliknya mensia-siakan masa dengan bersembang kosong dan berjoli. Hmm…cerita fasal berjoli, ia umpama sudah menjadi kemestian kepada kita. Saya percaya semua pun suka membeli, lagi-lagi apabila ada sale, mulalah nafsu membeli menggila.

Apabila kita berbelanja lebih daripada kemampuan, nah itulah dipanggil sejenis penyakit yang diberi nama compulsive buying disorder atau oniomania. Banyak kategorinya. Ada yang suka shopping semua benda, ada pula obses pada kesihatan sehingga dalam sebulan puluhan ribu dibelanjakan untuk supplement! Mana tidaknya jika sebiji pil sudah berharga satu ribu! Tetapi obses pada jenama inilah yang paling ramai terjebak. Apabila nafsu menguasai diri sehingga mereka tunduk pada jenama. Bergaya dilihat sebagai passport dinilai sebagai golongan kelas atasan. Kalau nak cerita jenama ini, orang kita memang dah maju. Kalau di sektor kakitangan kerajaan, beg tangan Coach atau Michael Kors sudah bersepah. Ia umpama must have!

Sudah menjadi lumrah semua wanita mendambakan diri dibaluti busana mewah dari hujung rambut hingga hujung kaki. Dan jinjing tas Hermes sebagai pelengkap gaya. Setiap langkah menebarkan bauan mewah daripada pewangi mahal. Hidup menjadi lebih indah jika saban hari baju bertukar ganti mengikut cita rasa diri. Ya, itulah kita apabila diri terlalu mencintai fesyen. Saya kira semua yang membaca GLAM pasti ada sindrom ini. Dengan bergaya dan memakai barangan mewah diri berasa cantik, yakin diri dan sempurna. Ikutkan hati setiap keluaran terbaru empat musim dari label pereka mahu dimiliki dan disusun kemas di gerobok. It’s like an addiction to smell that new Italian leather shoes.

Benarlah ada pepatah yang berbunyi, “I love to see my money where I can see it hanging in my closet.” Tak salah, to appreciate the finer things in life. Kalau sudah berkemampuan, dipersilakan shop by all means, whims and fancy. Kata teman saya, “Tak sama kalau you pakai baju mewah ini berbanding baju biasa…jahitannya, fabriknya, dan paling penting sedap dan terletak pada tubuh apabila menyarungkannya. Tak kiralah Zara mengeluarkan helaian seakan-akan jenama mewah tetapi bagi I tetap tidak sama, kualiti tetap nombor satu!”

Masihkah kita ingat filem Confession of a Shopaholic dimainkan Isla Fisher wanita yang rakus bershopping bernama Rebecca Bloomwood? Kerana gilakan barangan berjenama Rebecca memiliki lebih daripada lima kad kredit. Berburu di butik mewah, tidak perlu khuatir, as they say, the ‘magic card’ is the life saviour. Dan akhirnya dia terjerat dengan hutang yang menimbun.

See also
Sepatu Kegilaan Selebriti Kini

Watch out ladies! Bahana kad kredit membawa anda ke kancah hutang dan seterusnya jatuh muflis! Swipe, swipe, and swipe away and until one day you realised that you are broke! Dalam statistik yang dikeluarkan Jabatan Insolvensi Malaysia, hampir 45,000 individu berumur di bawah 35 tahun di negara ini diisytiharkan muflis sejak empat-lima tahun kebelakangan ini. Daripada jumlah itu, secara purata 41 individu muflis setiap hari akibat kegagalan menjelaskan bebanan bayaran kad kredit, yuran perubatan, sewa beli dan hutang Along.

Apa yang mengejutkan saya apabila analisa yang dibuat Persatuan Pengurusan Kompleks dan Pusat Membeli-Belah Malaysia menyatakan pada setiap hujung minggu kira-kira lima juta pengguna berpusu-pusu menyerbu 300 pusat membeli belah yang terdapat di seluruh negara. Banyak duit orang kita ya dalam kita dirudum ekonomi gawat hari ini.

Kata sosialit ini pada saya, pergi majlis apa yang paling penting sekali jenama beg tangan. Kerana orang pasti menjeling beg apa yang dikelek kita! Kalau logo C barulah ada kelas. Yang hairannya entah mana dia dapatkan duit untuk berbelanja mewah sedemikian. Suaminya pun kerja sebagai Pengurus di sektor awam. Satu tas berharga RM18, 000 dan ada yang mencecah puluhan ribu. Mana mungkin si suami bisa membiayai itu semua. Dia pula suri rumah, takkanlah she’s a lady of leisure… Dengar cerita rupa-rupanya dia berhutang dengan Along. Jumlah hutangnya kini mencecah ratusan ribu ringgit. Rahsia terbongkar apabila jiran sebelah melihat orang menyimbah cat merah di kereta sosialit ini berserta surat notis untuk menjelaskan hutang yang turut ditulis dengan cat merah.

Dan ada pula cerita kerana terlalu obses dengan barangan berjenama suami dan anak ditolak tepi. Rumah tangga jadi berantakan gara-gara Datin mahu menjaga status di hadapan teman-temannya. Datin ini mahu sangat disanjung oleh teman-temannya dengan koleksi barangan berjenama. Dan dia memang up to date, apa keluaran baru mesti paling kurang dua tiga dimilikinya. “I feel confident happy and alive,” kata Datin pada temannya tentang perasaan dapat memiliki item baru. Kerja Datin ialah menghabiskan duit Datuk dengan memasang badan menghadiri semua majlis sambil menayang beg berjenama. Kerana Datin yang terlalu high maintenance ini, sampai yuran kelab golf Datuk tertunggak. Duit habis dijoli isteri. Kebajikan suami dan anak-anak diserahkan seratus peratus pada pembantu rumah. Yalah sekejap pergi majlis di butik mewah, sebulan dua tiga kali sambut birthday party teman-teman, karaoke night, ke luar negara untuk girls trip. Satu hari jatuh terduduk Datin apabila dapat tahu Datuk senyap-senyap menikahi pembantu rumah mereka. Tak payah pakai beg tangan Birkin pun boleh jadi bini Datuk.

See also
Diari Deko - Zahirah MacWilson Duta Sharp Terbaru

Hari ini pasangan suami isteri ini sudah berjaya dalam bisnes mereka. Memang kaya rayalah. Porsche dan Lamborghini bersusun di garage. Nak dijadikan cerita apabila diimbas kembali usaha mereka, teringat pula saya pada isu social climber yang pernah dikupas dalam kolum ini. Ya, suami isteri ini sanggup berbuat apa sahaja agar mendapat kenalan orang yang berpengaruh untuk memajukan perniagaan mereka. Kalau di event memang dua-dua pun dress up to the nines. Belum lagi tengok kereta mereka, Mercedes- Benz S-Class dan kadang-kadang kereta Audi Q7 berhenti di main entrance. Memang mereka dilihat sebagai power couple. Untuk acara fesyen tertutup yang sangat eksklusif, syarikat ini mahu kad  diedar secara peribadi kepada jemputan. Apabila tiba di kawasan perumahan mereka, seperti macam sesat pun ada. Ia bukanlah rumah agam sebaliknya rumah teres setingkat yang biasa sahaja. Dan ternyata mereka tidak salah alamat kerana boleh dilihat kelibat si isteri yang selekeh berbaju kelawar!

Satu lagi kisah mengenai Datuk yang sememangnya gila membeli-belah. Ini bukan beli-belah biasa…we are talking about hundreds of thousand and even millions of ringgit spent just for handbags and shoes. Gaya hidupnya ditemani chauffeur-driven car, she walks with a bodyguard behind her, dan pembantu peribadi ke mana sahaja dia pergi. Taraf Datuk hanya dambakan limited edition sahaja. Birkin kulit buaya bertatahkan berlian sahaja ada empat lima warna. Begitulah kayanya Datuk ini. Staf di Starhill Gallery dan Pavilion cukup kenal dengan fill Datuk ini. Kalau masuk butik tengok keluaran terbaru, kata sales girl Datuk macam kena sawan dan tidak boleh bernafas. Terpaksalah mereka bawa Datuk duduk dan diberikan minuman to cool her down. Kata Datuk, “If I missed that, I will never see it again!” Dan sekali masuk ke satu butik lima enam barang diborong, dan begitu jugalah ke butik-butik seterusnya. Pendek cerita satu kereta kosong khas untuk sumbatkan barang-barang yang dijolinya. Apa yang menjadi tanda tanya ramai pihak apabila Datuk sebenarnya banyak menganiaya orang yang pernah bekerja dengannya dengan tidak membayar hutang. Boleh kata banyak betul hutang yang belum dilangsaikan. Tetapi lucunya hutang itu tak banyak pun berbanding dengan begnya yang berjumlah jutaan ringgit!

See also
Retorik - Pendapatan Isteri Melebihi Suami

Datin yang takut tua sanggup berbelanja untuk krim berharga ribuan ringgit. Ada yang mencecah RM6,000 satu botol kecil krim malam. Set penjagaan muka sahaja menelan belanja puluhan ribu sebulan. Ya, betul memang Datin ini cantik. Kalau dilihat mukanya mulus begitu jugalah kulit badannya. Tetapi mendengar perbelanjaan produk mukanya saya terkedu. Katanya tak mahu serahkan diri pada pisau bedah kerana nanti efeknya boleh dilihat plastik dan wajah bertukar menjadi seperti pastic surgery gone wrong. Dek kerana ekonomi negara yang tidak stabil, satu-persatu syarikat membuangnya sebagai pengarah. Jadi nak bermewah-mewah macam dulu susahlah. Kata Datin, “I tak dapat beg tangan baru tak apa, but not my beauty products.” Datin yang tidak dapat menerima hakikat sanggup ambil personal loan untuk tampung kos produk kecantikkan bulanan.

Cerita mengenai wanita ini saya mengenalinya kerana dia bekerja dalam bidang fesyen. Dia umpama ikon fesyen pada teman-temannya. Masakan tidak dengan hanya bergaji RM4,000 dia bisa setanding dengan sosialit lain. Apa sahaja jenama mewah yang dia tidak miliki. Cerita teman baiknya, setakat ini Birkin sahaja dia belum ada. Celine, Prada, Miu Miu, Louise Vuitton, Gucci, Chanel dan banyak lagi jenama dilonggok seperti store di apartmentnya. Kalau masuk di rumah dia tak tahu mahu duduk mana. Sarat dengan barang-barangnya yang semuanya berjenama. Tempat makan pun tak ada. Dia tidak kisah hanya berkereta Kelisa, yang penting jika ke majlis penampilannya like a million dollar. Jujur bagi saya, kalau sudah mampu jinjing Chanel, paling-paling pun kereta Honda Accord untuk dipandu.

Berbelanja itu biarlah ukur pada badan. Segala-galanya dalam hidup ini haruslah dalam bersederhana. Sekiranya mampu dan tidak memudaratkan diri dan orang lain tidak salah untuk berbelanja mewah. Tetapi kalau sudah setiap kali melihat barang hati bergetar, perasaan teruja tak terkata itu bahaya! Bayangkan, tunggakan kad kredit rakyat Malaysia pada 2006 pernah direkodkan mencecah RM20 bilion ekoran gaya hidup gemar berhutang walaupun tidak mampu dari segi kewangan terutamanya generasi Y! Muflis terjadi apabila berlaku situasi ketidakupayaan membayar kembali hutang, liabiliti, entiti, aset atau apa juga kaedah dalam urus niaga mata wang kertas kepada pemberi hutang melebihi tempoh yang dibenarkan. Kata pakar psikologi di Amerika, terjadinya gejala membeli membabi buta ini kerana the need to be perfect. Sanggupkah kita hidup dikeliling hutang piutang kerana rakus berbelanja? Bahagiakan kita apabila bergaya tetapi hakikatnya kita berhutang? Nyenyakkah tidur malam apabila mengetahui diri dibelit hutang yang teramat banyak? Something to think about…

Teks: tengku Ashley Hassan