5 Kesilapan Ketika Memakai Krim Mata
Krim mata adalah salah satu produk penjagaan kulit yang sangat disukai. Sekiranya anda mempunyai lingkaran gelap, sembap, atau crow feet, menggunakan krim mata sebagai sebahagian daripada rejimen kecantikan harian yang tidak boleh diabaikan. Sama ada anda seorang newbie atau pengguna setia, ada kemungkinan anda boleh melakukan beberapa kesalahan. GLAM kongsi lima helah memiliki mata menawan.

Eye Cream Mistake #1: Kuantiti yang banyak
Kulit di sekeliling mata anda sebenarnya adalah bahagian kecil. Secara amnya, jumlah krim mata yang berukuran sebesar saiz kacang harus cukup untuk menampung kulit di bawah kedua-dua mata.
Eye Cream Mistake #2: Tidak memahami tekstur krim
Salah satu peraturan mudah adalah fahami jenis tekstur produk yang digunakan. Jika krim mata bersifat rich dan lebih berat daripada pelembap anda, ia harus disapu diatas lapisan pelembap. Jika ia lebih ringan, pastikan ia disapu sebelum pelembap. Penting untuk sentiasa membaca label, pembungkusan krim mata untuk melihat sama ada anda perlu sapukan sebelum atau selepas pelembap.
Eye Cream Mistake #3: Guna sewaktu kulit kering
Aplikasi krim mata pada masa terbaik adalah apabila kulit sekitar mata masih lembap. Ia bukan sahaja mengunci lembapan kulit mata malah mempercepatkan nutrisi krim meresap masuk secara efektif jauh ke dalam kulit.
Eye Cream Mistake #4: Aplikasi terlalu dekat dengan mata
Sebaiknya jangan! Hal ini kerana produk yang disapu akan merebak ke bahagian yang lebih daripada yang anda jangkakan dan terkena pada bulu mata yang menjadi punca radang. Hanya letakkan produk di sepanjang tulang orbit, tepat di bawah alis, dan di bawah mata dalam bentuk separa bulatan kira-kira setengah inci di bawah garis bulu mata anda.
Eye Cream Mistake #5: Tidak memahami keperluan khusus
Tidak semua krim mata dicipta sama. Jika pemilihan produk adalah salah, ia kemungkinan tidak akan memberikan efek seperti yang anda idamkan. Sebagai contoh, jika kebimbangan terbesar adalah lingkaran hitam, tetapi anda menggunakan krim yang memberi tumpuan kepada mata sembap, ia tidak masuk akal.
GLAM Editor's Pick
Miliki hanya yang terbaru di pasaran!
Pilihan Bacaan Seterusnya
Kesihatan Masa kini Bersama Jam Tangan Samsung Galaxy
Jun 15, 2026
Cool-Toned Makeup: Trend Solekan Yang Perlu Anda Cuba
Jun 12, 2026
Mengintai Malam YSL Beauty Block Party di Bukit Bintang
Jun 12, 2026
Pencinta Gaya Feminin, Ini Helaian Klasik Yang Perlu Ada
Jun 12, 2026
Kelebihan Sauna Yang Membantu Buang Sel Kulit Mati
Jun 12, 2026
Sisi Mewah Longines La Dolce Vita
Jun 12, 2026
10 Pemain Paling Kacak FIFA World Cup 2026 Pilihan GLAM
Jun 11, 2026

