Cara Berkesan & Mudah Untuk Mengatasi Siku Hitam

5 Cara Mudah & Berkesan Untuk Mengatasi Siku Hitam

Ramai wanita ingin kulit yang bersih, berseri-seri dan sempurna. Namun, memiliki siku yang hitam boleh membuatkan mereka menjadi kurang yakin dengan diri.

Percaya atau tidak terdapat ramai orang yang mengalami masalah yang sama baik lelaki atau wanita. Namun anda tidak perlu risau kerana siku hitam adalah sangat normal dan ia bukan masalah yang serius.

Bahkan anda juga tidak perlu terlalu risau dengan masalah siku hitam ini kerana ia boleh dirawat dengan bahan semula jadi serta produk yang anda boleh cuba di rumah.

Bagaimana Siku Hitam Terjadi?

Cara Berkesan & Mudah Untuk Mengatasi Siku Hitam

Foto: Freepik

Sebenarnya, ia disebabkan oleh keadaan atau zat pada kulit yang menghasilkan lebih banyak melanin dan menyebabkan bintik-bintik gelap pada kulit. 

Selain itu, kawasan sekitar siku menjadi hitam kerana kawasan ini lebih terdedah kepada geseran dan tekanan. Keadaan ini boleh berlaku apabila anda meletakkan siku di atas meja, siku di dinding, dan sebagainya yang menyebabkan siku berasa kasar, gelap dan “berkerak”.

Bukan itu sahaja, masalah ini juga biasa berlaku kepada orang yang berkulit lebih gelap kerana meerka menghasilkan lebih banyak melanin dan pigmen semulajadi yang membantu melindungi kulit daripada sinaran UV matahari.

See also
10 BINTANG CIPTA HIGH DRAMA DI CANNES

5 Cara Mengatasi Siku Hitam

Bagi yang tertanya-tanya cara mudah dan berkesan untuk memutihkan semula siku yang hitam, GLAM kongsikan 5 cara mengatasi siku hitam yang anda boleh cuba di rumah!

Cara Berkesan & Mudah Untuk Mengatasi Siku Hitam

Foto: Freepik

1. Aloe Vera/Lidah Buaya

Tanaman ini sering digunakan dalam produk penjagaan kulit untuk melembapkan. Dengan itu, aloe vera boleh menjadi jalan penyelesaian untuk melawan siku yang hitam. Biasanya aloe vera digunakan untuk melembutkan rambut malah ia juga boleh digunakan pada kulit.

Anda boleh campurkan aloe vera dengan susu dan sapukan pada bahagian siku yang gelap. Biarkan selama 20 minit dan bilas dengan air.

Jangan risau jika tiada bahan ini dirumah, anda boleh gunakan apa sahaja pelembap yang dijual di pasaran. Walau bagaimanapun, pilih jenis pelembap yang diformulasi khas untuk kulit badan.

2. Kunyit

Cara Berkesan & Mudah Untuk Mengatasi Siku Hitam

Foto: Freepik

Siapa sangka, rempah di dapur rumah untuk masakan memiliki manfaat untuk kesihatan dan kecantikan. Menurut kajian, penggunaan kunyit mungkin dapat memberi kesan pada kulit dalam mengurangkan kedutan dan bintik hitam pada kulit.

Kunyit mengandungi sejenis komponen yang dikenali sebagai curcumin. Bahan ini dapat mengurangkan masalah kulit gelap, terutamanya pada siku dan lutut.

Caranya sangat mudah, campurkan kunyit dengan 1 sudu susu dan sapukan adunan itu pada siku yang gelap. Selepas kering, bilas seperti biasa dengan air suam. Anda boleh lakukan sebagai rutin harian untuk dapatkan hasil yang cepat.

See also
Arisa Soraya Kongsi 5 Produk Penjagaan Wajah Kegemarannya Bulan Ini

3. Lemon

Lemon atau mana-mana buah sitrus sering digunakan untuk tujuan kecantikan. Lemon bukan sahaja untuk dimakan tetapi ia juga sangat bagus untuk merawat masalah kulit lagi-lagi siku hitam. Ia mengandungi vitamin C yang boleh mencerahkan kulit. Malah, penggunaan berpanjangan mungkin dapat mengurangkan masalah kulit gelap di sekitar siku.

Potong lemon kepada dua bahagian dan perahkan jus lemon serta urut di kawasan yang terjejas. Tunggu sehingga 10 minit kemudian anda boleh bilas seperti biasa. Ulang kaedah ini setiap hari untuk melihat kesannya.

4.  Minyak Zaitun dan Gula

Foto: Freepik

Kaedah lain yang boleh anda gunakan di rumah untuk kurangkan siku hitam ialah anda juga boleh menggunakan gabungan minyak zaitun dan gula.

Campuran ini boleh digunakan sebagai skrub badan untuk menanggalkan sel-sel kulit mati. Bahan ini boleh digunakan kerana gula adalah bahan exfloliant yang semulajadi manakala minyak zaitun dapat mengekalkan kulit sentiasa lembab.

Skrub gula buatan sendiri sangat baik untuk mencerahkan warna kulit siku yang hitam. Caranya menggunakan ialah sebelum mandi anda boleh campurkan gula dan minyak zaitun secara merata dan urut pada kawasan siku secara melingkar selama 5 minit.

See also
Kenali Sophie Kamaruddin, Pengulas Berita Bloomberg TV Malaysia

5. Minyak kelapa

Ramai yang beranggapan semua jenis minyak boleh digunakan untuk melembapkan kulit. Namun hal ini tidak benar sama sekali! Hanya beberapa jenis minyak sahaja yang mempunyai khasiat seperti minyak kelapa dan minyak zaitun.

Minyak kelapa adalah minyak pelembap yang sangat luar biasa kerana ia mengandungi vitamin E yang boleh membantu dalam mencerahkan warna kulit dan juga mencegah hidrasi kulit.

Untuk hasil yang efektif, campurkan satu sudu teh minyak kelapa dan setengah sudu jus lemon, gosokkan campuran itu pada kawasan siku yang hitam. Tunggu 15-20 minit dan bilas seperti biasa. Anda boleh lakukan cara ini setiap hari untuk mengurangkan bintik hitam pada siku.

Punca Yang Menyebabkan Siku Menjadi Hitam

  • Kurang eflokasi yang menyebabkan pengumpulan sel kulit mati dan menjadikan kulit kelihatan kusam.
  • Pendedahan matahari yang berpanjangan menyebabkan hiperpigmentasi.
  • Perubahan hormon atau tindak balas badan.
  • Pigmentasi akibat penuaan kulit juga punca siku hitam.
  • Masalah kulit seperti psoriasis atau ekzema.
  • Hiperpigmentasi disebabkan luka atau inflamasi.
  • Melasma, hiperpigmentasi yang lazim berlaku selepas hamil.
  • Pengumpulan sel-sel kulit mati.

Artikel Berkaitan: GLAM Kongsi Cara Rawat Kulit Kepala Bermasalah