5 Varian Chanel N°5
Chanel N°5 menjengah dunia pada tahun 1921 hasil buah fikir Gabrielle Chanel atau dikenali juga sebagai Coco Chanel sendiri. Hasrat awalnya ialah mahu melancarkan haruman untuk perempuan seiring dengan koleksi fesyennya. Dan apa yang jelas dan dikhabarkan, Chanel N°5 adalah terjemahan kepada personaliti Coco Chanel sendiri.
Chanel N°5 adalah hasil ciptaan Ernest Beaux, yang mana ketika itu dia diminta Coco untuk mencipta haruman pertama buatnya. Ernest menyediakan beberapa sampel haruman untuk dipilih, dan Coco memilih sampel kelima dan dari situlah datangnya idea menamakan haruman ini sebagai Chanel N°5. Haruman irni adalah hasil gabungan tiga kuntuman bunga utama iaitu lily of the valley, violet dan juga bunga melati atau lebih dikenali sebagai jasmine.
Pada usia seabad, haruman ini terus menjadi kesukaan dan dari Ernest, tiga lagi pakar haruman dipertanggungjawab untuk memelihara prestij juga kualiti haruman ini. Selepas Ernest, Henri Robert menggalas tanggungjawab meneruskan kelestarian Chanel N°5 dan kemudiannya menurunkannya kepada Jacques Polge dan diwariskan pula kepada anaknya Olivier Polge. Olivier mula dilantik sebagai pereka haruman Chanel sejak tahun 2015 dan menurutnya, menjaga kualiti haruman Chanel N°5 sentiasa menjadi fokusnya. Hari ini, kempen haruman ikonik ini dibintangi oleh actress Perancis, Marion Cotillard.
5 VARIAN CHANEL N°5
1921- N°5 PARFUM
Inilah debutnya, Chanel N°5 diilhamkan daripada komposisi bunga-bungaan yang subur dan mekar di bumi Grasse, selatan Perancis.
1924- N°5 EAU DE TOILETTE
Seepas tiga tahun Chanel N°5 diperkenalkan, Ernest memunculkan pula versi EDT yang mana baunya lebih ringan dan santai, malah disuntik sedikit elemen bau kayu-kayan. Dia memesrakan sandalwood bersama kuntuman melati, mawar dan ylang-ylang.
2008- N°5 EAU PREMIÈRE
Jacques menambah varian Chanel N°5 yang keempat. Menurutnya, apa yang dihasilkannya ini adalah imaginasinya tentang bau adunan Baharu yang akan Ernest lakukan sekiranya dia masih hidup.
1986- N°5 EAU DE PARFUM
Berpandukan arus trend semasa di era 80-an. Jacques Polge menyuntik sedikit pembaharuan pada minyak wangi ikonik ini, namun ideanya tidka terlalu drastik kerana dia tidak mahu mengubah aromanya secara total. Jacques menambah sedikit vanila.
2016- N°5 L’EAU
Olivier mencipta edisi baharu yang lebih jernih warna dan baunya pula Lebih cenderung dengan elemen sitrus hasil campuran Limau Mandarin, lemon dan oren. Dia turut mencampurkan adunan ini bersama cedarwood untuk membuatkan minyak wangi ini lebih chic.