Use your ← → (arrow) keys to browse
ALBION SKIN CONDITIONER
Jenama kosmetik premium Jepun, Albion cukup terkenal dengan intipati rahsia iaitu Skin Conditioner. Sejak mula diperkenalkan pada tahun 1974, Skin Conditioner terus menjadi kegilaan selama bertahun lamanya sehingga kini. Produk ikonik ini mempunyai keupayaan dalam memulihkan kulit lebih sihat, berseri dengan ekstrak Job’s Tears, yang ditanam secara organik dari Hokkaido, Jepun. Tahun ini, Skin Conditioner hadir dengan ramuan baharu lebih banyak manfaatnya. Ekstrak minyak biji melalui proses sekam dan penggilap khas sebelum proses pengekstrakan, membolehkan minyak diekstrak dalam kaedah yang kurang terdedah kepada kerosakan alam sekitar. Hasilnya ialah Minyak Ekstrak Biji yang sentiasa segar dan tulen.