Pilihan Editor Fesyen: 10 Best Looks From New York

Pilihan Editor Fesyen: 10 Best Looks From New York

Oleh: Aizat Aidid
 
Seminggu berada di kota New York sempena Minggu Fesyen New York memberikan saya satu memori fesyen paling terhangat. Setiap gaya yang dipersembahkan oleh rumah fesyen membiaskan rasa yang berlainan. Lantas, ia juga membuka idea serta mata untuk saya mentafsir ceraian yang terbaik buat wanita ketika musim luruh kelak menjelma. Daripada gaya urban cool oleh Alexander Wang, ceraian yang cukup dreamy di Delpozo atau selera klasik Michael Kors.
 
Saban musim, sering kali topik gaya peribadi diperdebatkan. Menariknya, bintang gaya jalanan seperti tidak lagi membiaskan rasa personal dan hanya menyarungkan ceraian atas dasar untuk dirakam oleh lensa kamera. Percayalah, saya juga pernah berfikirkan begitu. Sehingga tiba satu momen yang mana saya tidak lagi ambil pusing tentang apa yang hendak disarungkan. Pada pendapat saya, gaya perlu lahir daripada hati dan bukannya ditiru daripada lembaran fesyen atau ikon fesyen. Kerana itu adalah sumber ilmu dan inspirasi. Bukan untuk di copycat. Rasa peribadi itu penting dan kini saya ambil peluang untuk menyenaraikan gaya pilihan saya yang dilihat punya rencah tersendiri, terus daripada Minggu Fesyen New York.
 

See also
GLAM FASHION FUTURE - CABARAN INSTAGRAM

ARTIKEL BERKAITAN WAJAH TIDAK KONVENSIONAL KUASAI PENTAS NEW YORK

 

ALEXANDER WANG Fall winter 2016Alexander Wang. Gambar: TPGVIP

 
ALEXANDER WANG
Siapa dapat menidakkan stail Alexander Wang yang bijak dalam memberikan garapan gaya jalanan. Namun, kehebatannya adalah dalam menyuntik elemen mewah. Luxe dan masih punya rasa edgy.
 

RODARTE fall winter 2016Rodarte. Gambar: TPGVIP

 
RODARTE
Bagi saya Rodarte ini adalah pereka fesyen duo yang punya kisah paling dalam. Bagaikan sang pemuisi, mereka bijak bermain dengan emosi melalui baju yang dipersembahkan.
 

Rosie Assoulin Look 19 fall 2016Rosie Assoulin. Gambar: TPGVIP

 
ROSIE ASSOULIN
Modern separates adalah kunci utama oleh gaya ini. Setiap ceraian akan hidup biarpun digayakan dengan item lain. Lebih bernyawa lagi jika digandingkan bersama dan punya gaya dramatik.
 

marc jacobs fall 2016Marc Jacobs. Gambar: TPGVIP

 
MARC JACOBS
Penuh sinar, sarat dengan manik dan bulu, Marc Jacobs mencabar wanita untuk tampil dengan ceraian yang punya siluet oversized serta kasut bertumit tinggi.
 

Hood by Air Fall 2016Hood by Air. Gambar: TPGVIP

 
HOOD BY AIR
Mengangkat budaya jalanan sebagai aspirasi utama dan kali ini ia lebih bersifat transisi dan krisis refugee. Lalu gaya deconstructive lebih rumit dipersembahkan.
 

See also
Millennial It-Girl: Kim Raymond

Oscar de la Renta fall 2016Oscar de la Renta. Gambar: TPGVIP

 
OSCAR DE LA RENTA
Sejak menerajui rumah fesyen, Peter Copping sering mencabar artisannya untuk bermain dengan fabrik moden namun masih mengekalkan keaslian wanita Amerika Syarikat.
 

Delpozo fall 2016Delpozo. Gambar: TPGVIP

 
DELPOZO
Bagaikan hidup di dalam fantasi, Delpozo adalah raja dalam memberikan ceraian bersifat futurism dan masih menyelitkan rencah romantik serta elegan.
 

Michael Kors fall 2016Michael Kors. Gambar: TPGVIP

 
MICHAEL KORS
Slit serta langkah penuh sensual dengan sepasang kaki yang seksi, itulah fokus utama oleh Michael Kors buat koleksi musim luruh yang menjelma.
 

ARTIKEL BERKAITAN BLAKE LIVELY DI BARISAN HADAPAN PENTAS MICHAEL KORS

 

SIES MARJAN fall 2016Sies Marjan. Gambar: TPGVIP

 
SIES MARJAN
Satu lagi jenama baru yang wajib diberi fokus kerana Sander Lak mahu mengembalikan gaya cool dan diselitkan teknik adi busana pada helaiannya.
 

Proenza Schouler fall 2016Proenza Schouler. Gambar: TPGVIP

 
PROENZA SCHOULER
Apabila dunia mula semakin tegang maka membuahkan hasil untuk mereka dress yang mengikut tubuh wanita dan ditambah dengan tali sebagai pengikat.
 
 

See also
Inspirasi Bersahaja Jenna Lyons