fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Bintang Bollywood Yang Berbelanja Puluhan Ribu Ringgit Sebulan Untuk Menyewa Kediaman
Rahsia Kejayaan Freen Sarocha: Dari Ratu Cantik ke Bintang Drama
Semarak Merdeka Datuk Seri Siti Nurhaliza
Rutin Harian Menjadi Lebih Mudah Bersama Samsung Galaxy Z Fold4
Rai Krismas Tanpa Keluarga, Tom Brady Luah Rasa Pilu
Home > Gaya Hidup > Kenali MARBLES, Girl Group Baharu Indonesia Yang Sedang Mencuri Perhatian

Kenali MARBLES, Girl Group Baharu Indonesia Yang Sedang Mencuri Perhatian

Industri muzik Indonesia terus melahirkan bakat baharu yang berpotensi mencipta fenomena. Antara nama yang mula menjadi perhatian ialah MARBLES, kumpulan wanita di bawah naungan A-List Entertainment dengan kerjasama Trinity Entertainment Network.

Kemunculan kumpulan wanita baharu sentiasa mengundang perhatian peminat muzik serantau, lebih-lebih lagi apabila hadir dengan konsep yang segar serta identiti tersendiri. Itulah yang dibawakan oleh MARBLES, girl group Indonesia yang membuat debut menerusi single HOMPIMPA pada 12 Jun 2026. MARBLES mula mendapat perhatian menerusi persembahan bertenaga, visual yang menyerlah serta chemistry setiap ahlinya. Jika anda masih belum mengenali kumpulan ini, berikut segala yang perlu anda tahu!

Debut Menerusi HOMPIMPA

MARBLES merupakan kumpulan wanita yang dilancarkan oleh A-List Entertainment dengan kerjasama Trinity Entertainment Network. Debut rasmi mereka bermula pada 12 Jun 2026 menerusi single berjudul HOMPIMPA. Bagi kemunculan pertama, Single mereka berjaya memikat hati ramai peminat muzik dengan konsep yang menyatukan permainan tradisional kanak-kanak Indonesia, moden pop, dan ceria! Ini sekali gus menjadi tanda perkenalan identiti muzik MARBLES kepada peminat diluar sana.

Siapa Ahli MARBLES?

MARBLES dianggotai oleh lima ahli iaitu, Beverly, Tiffany, Kyka, Quilla, dan Daniella yang masing-masing memiliki personaliti dan bakat tersendiri. Gabungan vokal, tarian serta karisma setiap ahli memberikan warna dan aura unik kepada kumpulan ini. Selain itu, setiap anggota MARBLES juga dilatih secara profesional selama tiga tahun sebelum debut. Setiap anggota turut memainkan peranan penting dalam membentuk identiti MARBLES sebagai sebuah kumpulan yang menyasarkan peminat muzik generasi baharu di Indonesia dan rantau Asia Tenggara.

Konsep Segar Yang Mencuri Perhatian

Selain muzik yang mudah diterima, MARBLES turut tampil dengan imej yang muda, ceria dan penuh keyakinan. Identiti visual mereka dipadankan dengan persembahan yang bertenaga, menjadikan setiap penampilan mampu meninggalkan impak kepada penonton. Pendekatan ini selari dengan trend kumpulan pop masa kini yang bukan sahaja menampilkan lagu berkualiti, malah turut mengetengahkan penceritaan visual serta personaliti setiap ahli. Walaupun masih baharu dalam industri, MARBLES berjaya mencetuskan perbualan dalam kalangan peminat muzik Indonesia. Kemunculan mereka dilihat sebagai antara debut yang menjanjikan kerana berjaya menggabungkan konsep moden pop, koreografi kemas dan lagu yang mudah melekat di fikiran.

Masa Depan MARBLES

Debut hanyalah permulaan buat MARBLES. Dengan bakat, semangat dan identiti yang sedang dibina, kumpulan ini dilihat mempunyai potensi besar untuk muncul sebagai antara nama penting dalam industri muzik Indonesia. Bagi peminat yang gemarkan kumpulan wanita dengan konsep segar dan persembahan bertenaga, MARBLES merupakan antara nama yang wajar dimasukkan ke dalam radar anda.

Artikel berkaitan: Kenali No Na, Girl Group Indonesia Pertama Naungan 88rising